Sunday 20 May 2012

MERANGKA ANGGARAN PERBELANJAAN NEGARA (BAJET) BAGI NEGARA KHILAFAH MENURUT SYARIAH ISLAM


Bagaimana agaknya bentuk bajet kerajaan Malaysia kalau dibuat dengan menurut peraturan Syariah Islam? Dari sudut asas wang masuk yang manakah pengutipan cukai akan terus menjadi asas bajet negara? Lalu dari sudut perbelanjaan manakah pembayaran asas dan ansuran hutang masih terus mendominasi bajet di samping peruntukan subsidi?


Bagi menjawab persoalan ini ada tiga langkah yang perlu dibuat.

PERTAMA: Yang mula-mula perlu diambilkira adalah pengeluaran perbelanjaan berasaskan anggaran-anggaran keperluan dari yang menurut syariat Islam bermula dari yang paling bersifat keperluan asas hidup dan utama menurun ke yang hanya bersifat pelengkap. Bagi menghitung peruntukan pengeluaran maka digunakan penisbahan yang ideal berdasarkan data maklumat daerah serta bilangan penduduk, perancangan pusingan jangka pendek dan jangka panjang, serta harga pasaran terkini. Dalam kitab Nizam al-Iqtisadi fil Islam karangan Syeikh Taqiuddin Nabhani dinyatakan bahawa pengeluaran Perbendaharaan Negara (Baitul Mal) adalah ditetapkan berasaskan enam bahagian:

(1) Harta yang menjadi perbendaharaan tersendiri Baitul Mal, iaitu harta zakat. Harta ini hanya dibelanjakan untuk lapan asnaf apabila isi perbendaharaannya ada. Jika harta zakat di Baitul Mal sudah habis maka tidak ada mana-mana asnaf yang lapan ini mendapat peruntukan, dan negara tidak akan meminjam bagi memberi peruntukan tersebut.
(2) Perbelanjaan yang bersifat wajib, iaitu ketika peruntukan tidak mencukupi (bagi fakir miskin atau ibnu sabil) atau untuk melaksanakan jihad. Pengeluaran ini adalah bersifat pasti. Jika negara tidak memiliki wang untuk peruntukan ini atau dibimbangi akan berlaku kerosakan maka negara dibenarkan meminjam wang dan setelah itu pinjaman hendaklah dibayar, dan jika perlu negara boleh mengenakan cukai.
(3) Perbelanjaan yang bersifat ganjaran, iaitu untuk orang-orang yang telah memberikan perkhidmatan. Contohnya gaji tentera, pegawai negara, hakim, guru dan seumpamanya. Peruntukan ini juga bersifat pasti.
(4) Perbelanjaan untuk kecemasan. Contohnya bencana alam atau serangan musuh. Peruntukan ini juga bersifat pasti.
(5) Perbelanjaan untuk sesuatu maslahat, bukan untuk ganjaran, tetapi ia merupakan keperluan asas hidup, kerana bila ia tiada umat akan mengalami kesulitan. Contohnya pembangunan infrastruktur. Ia juga bersifat pasti.
(6) Perbelanjaan untuk sesuatu maslahat, yang jika ia tiada, tidaklah sampai mengakibatkan penderitaan umat. Contohnya pembangunan kemudahan informasi, atau bagi mewujudkan kemudahan umum sekunder semasa kemudahan yang lama masih mencukupi.


Manakala data maklumat utama daerah serta jumlah penduduk yang digunakan antaranya:

Jumlah penduduk 230,000,000
Luas kawasan darat (Km2) 1,900,000
Luas kawasan laut (Km2) 5,800,000
Panjang garisan sempadan (Km) 15,000
Jumlah kesatuan pentadbiran peringkat Negeri 33
Jumlah kesatuan pentadbiran peringkat Daerah 480
Jumlah kesatuan pentadbiran peringkat Kampung 6,000
Jumlah kesatuan pentadbiran peringkat Kariah 70,000


Kemudian untuk penisbahan yang ideal digunakan anggaran-anggaran yang sangat ideal seperti berikut:

Peruntukan Ganti Rugi Fakir Miskin

Anggaran peratusan penduduk miskin (fakir miskin) 50%
Anggaran keperluan makanan seorang sehari (gram) 600
Anggaran harga makanan per-kg RM100

Peruntukan Pendidikan

Jumlah pelajar sekolah 60,000,000
Nisbah guru:pelajar = 1: 20
Nisbah sekolah:pelajar = 1: 300
Anggaran purata gaji guru sebulan RM5000
Anggaran perbelanjaan operasi sekolah sebulan
(pusat sumber, pembersihan, buku, makmal) RM25000
Nisbah lulusan Sekolah Menengah ke Pendidikan Tinggi = 1: 10
Nisbah pensyarah:mahasiswa = 1: 10
Nisbah perguruan tinggi:mahasiswa = 1: 1,000
Anggaran perbelanjaan operasi perguruan tinggi sebulan
(pusat sumber, pembersihan, buku, makmal) RM250,000

Peruntukan Kesihatan

Nisbah doktor:penduduk = 1: 1,000
Nisbah hospital:penduduk = 1: 10,000
Nisbah hospital:kariah = 1: 3.0
Anggaran gaji doktor sebulan RM7,500
Anggaran operasi setiap hospital sebulan RM225,000

Peruntukan Pertahanan & Keamanan

Nisbah tentera bagi garisan sempadan 1 km = 25
Nisbah polis bagi jumlah penduduk = 1: 1,000
Nisbah kapal pengawal sempadan 1 kapal = (km) 25
Nisbah pesawat tentera untuk menjaga area 1
pesawat = (km2) 40,000
Anggaran gaji tentera/polis/sebulan RM7,500
Anggaran operasi markas tentera/
sebulan (hanya satu markas di setiap negeri) RM1,500,000
Anggaran operasi markas polis/sebulan
(ada di setiap kampung) RM105,000

Peruntukan Pemerintahan & Kehakiman

Nisbah anggota pentadbiran pemerintahan
Penduduk yang diperlukan = 1: 1000
Nisbah anggota kehakiman:penduduk = 1: 1000
Anggaran purata gaji anggota pemerintahan &
kehakiman RM7,500
Anggaran purata operasi pusat
pemerintahan & kehakiman/sebulan RM33,000

Peruntukan Infrastruktur & Kemudahan Awam
Asas


Pusingan pembaikan menyeluruh pengangkutan setiap 10 tahun
Pusingan pembaikan menyeluruh kemudahan awam lain 20 tahun
Infrastruktur data meliputi aktiviti kajian, bancian
penduduk, pemetaan, pembangunan jaringan ICT 20 tahun
Infrastruktur tenaga meliputi pembangunan
agensi-agensi petroleum & gas, saluran-saluran paip dan
jaringan elektrik 20 tahun
Infrastruktur makanan meliputi pembangunan kilang
baja, saliran, dan pengolahan pasca penuaian 20 tahun
Infrastruktur pertahanan meliputi kenderaan
tempur tentera darat, laut dan udara 20 tahun

Peruntukan Cadangan Bencana Alam
5%

Peruntukan Cadangan Maslahat Selain Keperluan Asas Hidup
2%

Dari semua peruntukan ini kemudian dihitung nilai keseluruhan dan menghasilkan angka dalam Jadual Bajet Negara.

KEDUA: bahagian pendapatan negara disusun berdasarkan bahagian-bahagian yang ditetapkan oleh syariah. Dalam kitab al-Amwal fi Daulah al-Khilafah, Syeikh Qadim Zallum menyatakan bahawa bahagian pendapatan negara terdiri dari tiga bahagian:
(1) Bahagian Fai dan Kharaj. Pendapatan ini meliputi:
a. Ghanimah, mencakupi anfal, faie dan khumus.
b. Kharaj.
c. Status tanah.
d. Jizyah.
e. Fai.
f. Cukai (dhoribah).

(2) Bahagian Pemilikan Umum, iaitu pengelolaan sumberdaya alam yang hakikatnya milik awam:


a. Minyak dan gas.
b. Elektrik.
c. Galian.
d. Lautan, sungai, perairan, dan sumber air.
e. Hutan dan padang ragut.
f. Aset produktif yang dikuasai negara. Contohnya yang datang dari wakaf.
Pemilikan umum mesti dikembalikan kepada rakyat, sama ada pengembalian itu dalam bentuk harta yang terus dibahagikan ataupun berbentuk perkhidmatan negara yang dibiayai dari hasil penjualannya, sama ada di dalam negeri ataupun dengan dieksport.

(3) Bahagian sedekah, yang terdiri dari sedekah wajib, iaitu:
a. Zakat harta dan perdagangan yang bebentuk wang (atau emas/perak).
b. Zakat pertanian dan buah-buahan.
c. Zakat ternakan.


KETIGA: menggunakan ukuran Dinar – namun yang bersifat natural. Semasa membentangkan pengiraan bajet ini, angka yang dipakai adalah Ringgit Malaysia (RM). Ini hanya bagi memudahkan kita mendapat gambaran berapa nilai tersebut, dan untuk membandingkannya dengan bajet kerajaan Malaysia pada masa sekarang. Namun di masa hadapan kita mesti mula menggunakan ukuran emas iaitu Dinar, kerana dengan cara itu Bajet ini akan sentiasa relevan, sedangkan bajet dalam RM akan sentiasa dipengaruhi oleh inflasi. Pada bulan Ogos 2010, nilai sederhana Dinar yang berbentuk emas sebanyak 22 qirat seberat 4.25 gram adalah sekitar RM1,500 per Dinar.
Selain itu, sebenarnya dalam Bajet Syariah ada pendapatan dan harta milik negara yang dibuat pengiraannya dengan natural, kerana memang tidak semua pendapatan atau perbelanjaan mesti berbentuk wang. Misalnya zakat juga tidak semestinya berbentuk wang, tetapi boleh juga tanaman atau ternakan. Demikian juga jizyah, malah ia dapat dibayar dengan pakaian. Oleh sebab itu, angka-angka yang dipaparkan di sini hanya untuk ukuran nilai sahaja, yang memang lebih tepat bila menggunakan Dinar.
Bajet Syariah juga tidak semestinya dihabiskan pada tahun anggaran itu dibuat. Oleh itu, garis tegak pendapatan tidak semestinya seimbang dengan garis tegak pengeluaran/perbelanjaan. Boleh jadi di satu masa melimpah ruah dan di masa lain pula mengalami kekurangan akibat bencana, kebuluran atau perang, sehingga negara perlu menangguh sebahagian perbelanjaan atau meminjam atau mengenakan cukai.
Yang jelas, dengan anggaran 666 juta Dinar atau sekitar RM 999 Trilion (pada peruntukan perbelanjaan) sebenarnya sudah dapat ditampung dengan hasil perhutanan yang sentiasa berjalan itu sahaja. Bahagian-bahagian seperti fai dan kharaj (termasuk di dalamnya kemungkinan cukai), dan juga sedekah (yang berkaitan zakat) malah tidak perlu diambilkira.
Pengagihan dalam perbelanjaan juga cukup bagus. Peruntukan yang terbesar adalah bagi sektor pendidikan (termasuk dakwah), pembasmian kemiskinan dan infrastruktur. Di dalam sektor infrastruktur ini sudah tertanam anggaran kajian sains dan teknologi yang cukup besar, yakni hampir 3.5% bajet. Ini semua adalah sangat cukup untuk menggerakkan ekonomi malah setelah beberapa tahun nanti, angka kemiskinan akan menjadi sangat rendah. Dengan itu, peruntukan pembasmian kemiskinan sudah tidak diperlukan. Anggaran yang digunakan dengan angka ini adalah setiap orang miskin mendapat kemasukan 600 gram makanan sehari bernilai RM10/kg. Ini bererti setiap orang miskin mendapat RM180 sebulan.


Bahagian Pendapatan (juta Dinar)

Bahagian Fai & Kharaj
(tidak diambilkira) 0
Bahagian Pemilikan Umum
Minyak 121.5
Gas 178.9
Arang 127.5
Emas & Mineral Logam lain 33.5
Hasil Lautan 48.9
Hasil hutan 666.0
Bahagian Sedekah/Zakat
(tidak diambilkira) 0
JUMLAH PENDAPATAN 1176.3





Bahagian Perbelanjaan (juta Dinar)

Pembasmian Kemiskinan 50%
penduduk 167.9
Ganjaran
Perkhidmatan Pertahanan dan Jihad 41.7
Perkhidmatan Pemerintahan dan
Kehakiman 30.8
Perkhidmatan Pendidikan dan
Dakwah 180.0
Perkhidmatan Kesihatan 55.8
Maslahat Keperluan Asas Hidup
(infrastruktur dan kemudahan awam) 143.1
Cadangan Bencana Alam dan Perang 33.3
Lain-lain Maslahat 13.2
JUMLAH PERBELANJAAN 666

Saturday 19 May 2012

SURAT TERBUKA KEPADA PENULIS NOVEL SEJARAH ISLAM


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Encik Abdul Latip,
Sejak awal tahun 2012 atau penghujung 2011, saya telah melihat dan membaca novel yang tuan tulis berkenaan Salahuddin al-Ayubi. Tahniah saya ucapkan di atas penulisan novel-novel seumpama ini yang menarik perhatian remaja dan pemuda Islam bagi mengenali tokoh-tokoh Islam di pentas sejarah.
Cuma saya ingin membetulkan fakta yang telah tuan tulis berkenaan kedudukan Sultan Salahuddin selepas beliau mengambil alih kuasa memerintah Mesir dengan kewafatan Khalifah al-Adid dari Fatimiyyah di sana.
Di dalam buku tuan disebut: Sultan Salahuddin telah melantik dirinya menjadi khalifah Islam.
Fakta ini adalah salah dari sudut ilmu Syariat berkenaan Siasah Islam (Politik Islam) dan dari sudut fakta sejarah dalam sumber-sumber sejarah Islam.
Dari sudut ilmu Siasah Islam: Sebenarnya Islam tidak mengizinkan wujud dua orang Khalifah dalam satu masa. Ini kerana jawatan Khalifah adalah pemimpin tunggal yang tertinggi bagi orang Islam.
Nabi Muhammad bersabda: 'Jika dibaiat dua orang khalifah (dalam satu masa), hendaklah kamu perangi khalifah yang terkemudian dibaiat'.
Oleh itu jawatan yang tepat (kedudukan sebenar) Sultan Salahuddin adalah sebagai seorang Wali (Gabenor) yang memerintah wilayah Mesir mewakili Khalifah Bani Abbasiah yang berpusat di Baghdad ketika itu. Ini adalah kedudukan Sultan Salahuddin di sisi ilmu Siasah Islam.

Dari sudut fakta sejarah pula, bukti yang menunjukkan bahawa Sultan Salahuddin tidak pernah mengangkat dirinya menjadi khalifah: Semasa beliau mengambil alih kuasa di Mesir, beliau memerintahkan agar Khutbah Jumaat dibaca di atas nama Khalifah Bani Abbasiah, dan ditutup dengan doa untuk Khalifah Abbasiah, bukan di atas nama Salahuddin Ayubi sendiri. Tuan boleh merujuk fakta ini dalam buku berjudul :
Pembaharuan Salahuddin Ayubi,
penulis: Abdullah Nasih Ulwan,
penerbit: Darul Nu'man KL, cetakan 2009.
Saya telah merujuk buku ini yang ditulis oleh ulama Jordan di dalam edisi asalnya.
Saya berharap tuan boleh merujuk kepada buku yang sama, yang mana edisi Bahasa Malaysia-nya ada di pasaran, mungkin di pesta buku yang sedang berlangsung.
Saya berharap teguran saya bermanfaat untuk tuan.
Sekian, terima kasih.