Saturday 29 September 2012

PERISTIWA BERSEJARAH DALAM BULAN ZULHIJJAH


Salehuddin al-Ayubi Berjaya Merempuh Kubu Musuh
Pada 11 Dzulhijjah 571 Hijriah, Salehuddin al-Ayubi berjaya merempuh kubu kukuh yang menjadi tempat saliran air. Ia termasuk dalam strategi utama mewujudkan kesatuan Islam. Kubu ini berjaya ditawan selepas berlaku pengepungan selama 38 hari. Salehuddin al-Ayubi mengukuhkan binaan kubu selepas menerima penyerahannya yang kini dikenali Qal’ah Sultan Salehuddin. Fungsinya menyamai yang diguna pakai bagi menyatukan tentera-tentera bersekutu yang terdiri dari tentera Halab dan tentera Salib Antakiyah.

Perjanjian Aqabah Kedua Ditandatangani
13 Dzulhijjah setahun sebelum Hijrah, Rasulullah SAW membuat perjanjian Aqabah Dua dengan penduduk kota Yatsrib yang kemudian berubah nama menjadi Madinatun-Nabi atau Kota Nabi. Perjanjian ini dibuat dalam rangka mendamaikan perselisihan antara dua kabilah di Yatsrib, iaitu Aus dan Khazraj. Kedua kabilah itu telah menempuh peperangan yang panjang dan kerananya, mereka mencari seseorang yang dapat dipercaya untuk mewujudkan perdamaian dan ketenangan di antara mereka. Sementara itu, beberapa penduduk Yastrib telah masuk Islam dan mereka memberitahukan kaumnya tentang keunggulan dan kemuliaan akhlak Rasulullah. Oleh kerana itu, penduduk Yatsrib mengirimkan delegasi untuk menemui Rasulullah dan meminta baginda agar datang ke Yatsrib demi mewujudkan perdamaian di sana. Atas bimbingan dan petunjuk Rasulullah, warga Yatsrib pun akhirnya bersedia menandatangani Perjanjian Aqabah, yang selain berisi perjanjian damai di antara kedua kabilah, dan juga perjanjian untuk membela Rasulullah.

Saidina Uthman Meninggal Dunia
Pada 18 Dzulhijjah tahun 35 Hijriah, Khalifah Amirul Mukminin Uthman bin Affan r.a telah terbunuh di tangan orang-orang yang terpedaya dengan fitnah. Sumbangan utama Saidina Uthman ialah menghimpunkan al-Quran di dalam satu mushaf. Tempoh pemerintahannya selama 13 tahun. Beliau mendapat gelaran “Zu an-Nur’ain” kerana mengahwini dua puteri Rasulullah, Ruqayyah dan Ummu Kalthum.

Rasulullah Bermubahalah Dengan Bani Najran
Pada 24 Dzulhijjah tahun 10 Hijriah, Rasulullah SAW bersama puteri baginda, Fathimah Az-Zahra, menantu baginda, Ali bin Abi Thalib, dan kedua cucu baginda, Hasan dan Husain, berangkat keluar dari kota Madinah untuk menemui para pembesar kabilah Kristian, Bani Najran. Sebelumnya, para pembesar Bani Najran itu datang menemui Rasulullah untuk bertanya ajaran agama Islam. Namun, apapun jawapan yang diberikan Rasulullah, pembesar kabilah Kristian itu tetap tidak mahu menerimanya. Lalu, Allah menurunkan firman-Nya, surat Ali-Imran ayat 60-61, yang maksudnya, “Itulah yang benar, yang datang dari Tuhanmu, kerana itu janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu. Siapa yang membantahmu tentang kisah 'Isa sesudah datang ilmu , maka katakanlah : "Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.”
Oleh kerana itulah, pada hari yang telah dijanjikan, Rasullah dengan membawa keluarga baginda, datang ke sebuah tempat di luar kota Madinah. Para pembesar Bani Najran, apabila melihat kehadiran Rasullah yang hanya ditemani keempat tokoh mulia itu, iaitu Fathimah, Ali bin Abi Thalib, Hasan, dan Husain, merasa takut dan pemimpin mereka berkata, “Aku melihat wajah-wajah yang jika mereka bedoa agar gunung terbesar diruntuhkan, maka doa itu akan segera dikabulkan Tuhan. Kita tidak seharusnya bermubahalah dengan orang-orang yang agung ini, kerana mungkin saja kita semua akan mati.” Oleh kerana itu, para pembesar Bani Najran akhirnya mengajak Rasulullah berdamai.

Saidina Ali Diangkat Sebagai Khalifah
Pada 25 Dzulhijjah tahun 35 Hijriah, Saidina Ali bin Abi Thalib memulakan tugasnya sebagai khalifah kaum muslimin. Pengangkatan Saidina Ali sebagai khalifah bermula ketika di kalangan kaum muslimin terjadi kerusuhan akibat terkorbannya khalifah ketiga Utsman bin Affan yang terbunuh pada pada 18 Dzulhijjah tahun 35 Hijriah. Kaum muslimin kemudian mendesak Saidina Ali agar bersedia menjadi khalifah atau pemimpin mereka. Saidina Ali selama empat tahun sembilan bulan masa kekhalifahannya, sentiasa menegakkan keadilan dengan sangat tegas, termasuk terhadap keluarga beliau sendiri. Hal ini membuat sebahagian tokoh-tokoh masyarakat yang haus harta dan kekuasaan merasa tidak puas dengan kepemimpinan Saidina Ali. Akibatnya, dalam masa pendek kekhalifahan beliau, terjadi tiga kali peperangan di antara sesama kaum muslimin, iaitu Perang Jamal, Perang Shiffin, dan Perang Nahrawan. Akhirnya, pada bulan Ramadhan tahun 40 Hijriah, Saidina Ali gugur syahid di masjid Kufah akibat dibunuh oleh seorang penentang beliau.

Saidina Umar Meninggal Dunia
26 Dzulhijjah tahun 23 Hijriah, Khalifah Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab telah terbunuh setelah ditikam oleh Abu Lukluk seorang Majusi yang dikatakan berdendam ketika beliau sedang memimpin solat. Saidina Umar telah dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Abu Bakar as-Siddiq. Beliau memerintah selama sepuluh tahun di mana jajaran Negara Islam telah bertambah luas. Pada masa pemerintahannya dipenuhi dengan keadilan dan kemuliaan kepada umat Islam. Pada zamannya juga Mesir dan al-Quds Berjaya dibuka.

Ibnu Khayat Meninggal
29 Dzulhijjah 320 Hijriah, Abu Bakar Muhammad bin Ahmad Khayat, seorang ahli hadis dan ulama besar ilmu nahu, meninggal dunia. Beliau dilahirkan di kota Samarkand di timur laut Iran, yang kini menjadi wilayah dari Uzbekistan. Setelah menamatkan pendidikan asas di negeri kelahirannya, Ibnu Khayat pergi ke Irak untuk melanjutkan pendidikan. Ibnu Khayat menimba ilmu di berbagai kota Irak yang kala itu merupakan pusat keilmuan dunia Islam.
Di antara karya-karya peninggalan Ibnu Khayat berjudul “Ma’aniy Al-Quran”, “Al-Mujaz fin-Nahwi”, dan “An-Nahwul Kabir”.

Friday 21 September 2012

RASULULLAH DIHINA, JIHAD JAWABNYA!



Untuk ke sekian kalinya, Junjungan besar kita, Rasulullah SAW dihina lagi oleh puak kuffar. Kali ini oleh Sam Bacile, seorang warga Amerika Syarikat berketurunan Yahudi, melalui filem murahannya bertajuk The Innocence of Muslim. Dalam filem ini, Rasulullah SAW digambarkan sebagai seorang lelaki kaki seks, pembunuh, penipu dan pemimpin yang tolol. Kebiadaban penerbit filem ini telah mengundang kemarahan kaum Muslimin di seluruh dunia sehingga protes yang berlaku di Libya telah meragut nyawa Duta AS, Chris Stevens dan tiga warga AS lainnya di Benghazi pada 11/9/12. Pemerintah AS, dalam sidang medianya, berdalih tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan pembikinan dan penyebaran filem seperti itu kerana merupakan sebahagian dari kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat (freedom of expression) yang dijamin oleh undang-undang mereka. “Sekarang, saya perlu tekankan bahawa di dunia saat ini dengan teknologi terkini, hal itu mustahil untuk disekat. Bahkan kalau boleh disekat sekalipun, negara kami mempunyai tradisi kebebasan bersuara yang dilindungi oleh perlembagaan dan undang-undang kami dan kami tidak dapat menghentikan setiap warga negara yang menyuarakan pandangan mereka sekalipun hal itu tidak disukai,” tegas Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton.

Kenyataan Clinton ini hanya menunjukkan sifat lepas diri seorang pemimpin tetapi dalam masa yang sama cuba melindungi rakyatnya yang biadab atas nama kebebasan bersuara. Inilah cara hidup dan nilai AS yang diagung-agungkan itu, iaitu kebolehan menghina seseorang atas nama kebebasan. Inilah erti ‘kebebasan’ yang dijulang oleh Barat iaitu kebebasan untuk melakukan apa sahaja, termasuk kebebasan menghina orang lain, menghina agama orang lain, menghina kitab suci orang lain, menghina Nabi dan segala bentuk penghinaan lainnya. Inilah ajaran demokrasi yang dibawa dan dilaung-laungkan oleh Barat. Mungkinkah Clinton akan menjawab seperti di atas jika ibu bapanya sendiri dihina sedemikian rupa? Jika ibu atau bapanya atau si Clinton sendiri dituduh dan dihina sebagai seorang yang gila seks, pelaku seks songsang, suka membunuh, pembohong dan sebagainya, adakah dia akan menjawab seperti yang dia telah jawab? Hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan berdiam diri tatkala orang tuanya dihina, apatah lagi jika Rasul yang kita wajib cintai melebihi dari orang tua kita, dihina. Justeru, sudah sewajarnya bagi kaum Muslimin yang cintakan Rasulnya, bangkit menyuarakan protes dan kemarahan apabila berlaku penghinaan sedemikian rupa, sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW. Sabda baginda SAW,

“Tidak beriman seorang pun di antara kalian hingga aku lebih dicintai daripada bapanya, anaknya dan manusia seluruhnya” [HR al-Bukhari].

Amat hinalah orang yang menghina semulia-mulia makhluk. Firman Allah SWT,

“Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya, mereka termasuk orang-orang yang sangat hina” [TMQ al-Mujadilah (58):20].

Kebiadaban Barat Atas Nama Kebebasan Dan Demokrasi


Sungguh telah jelas sikap permusuhan kuffar Barat terhadap Islam dan umat Islam. Telah berulang kali mereka melakukan penghinaan kepada Islam. Baru sahaja pada 2010 seorang pendeta Kristian Florida, Terry Jones, secara terbuka menyerukan pembakaran Al-Quran pada ulang tahun ke-sembilan peristiwa 9/11. Tentera AS pada Februari 2012 membakar secara sengaja di penjara Baghram di Afghanistan 315 salinan naskhah keagamaan termasuk Al-Quran. Penghinaan terhadap Al-Qur’an juga dilakukan oleh tentera AS di penjara Guantanamo. Awal tahun ini juga umat Islam dikejutkan dengan tindakan biadab tentera AS yang kencing di atas mayat mujahidin Afghanistan. Pendek kata, daftar panjang kejahatan AS ke atas Islam dan umat Islam sudah tidak terhitung. Semuanya itu dibenarkan atas alasan kebebasan.

Manakala jika umat Islam bersuara ingin menegakkan Khilafah, menyatukan kaum Muslimin di bawah satu pemerintahan, maka AS tidak akan mengkategorikan hal ini ke dalam hak kebebasan bersuara. Buktinya, di Chicago, telah beberapa kali konferens yang ingin dianjurkan oleh Hizbut Tahrir dalam usaha Hizbut Tahrir menyeru umat Islam kepada penegakan Khilafah, telah dibatalkan oleh pihak berkuasa AS. Bukan sekadar itu, malah Hizbut Tahrir dituduh dengan pelbagai label negatif, termasuklah sebagai ekstremis dan menjadi pemicu kepada terrorisme. Pelarangan niqab, tudung, tudingan radikalisme, larangan pembinaan masjid di beberapa negara Eropah dan banyak lagi, kesemua ini tidak pernah mereka anggap sebagai melanggar hak kebebasan warga negara mereka. Inilah sikap double standard AS dan Barat apabila bercakap tentang kebebasan bersuara ke atas umat Islam!

Semua kebiadaban Barat ini menunjukkan adanya usaha-usaha penghinaan ke atas Islam secara sistematis dan merupakan polisi yang dibenarkan oleh mereka, malah sehingga sekarang AS tidak pernah menyekat warganya dari menghina Islam, walau dengan secebis kenyataan! Meskipun tindakan warganya secara nyata telah menodai kesucian agama Islam, memicu protes, permusuhan dan konflik ke seluruh dunia, namun AS tetap sahaja menganggap penghinaan itu sebagai sah dan mesti diberi perlindungan oleh negara atas nama kebebasan. Dalam masa yang sama, seluruh dunia tahu bahawa sokongan AS kepada Israel tidak berbelah bahagi dan jika ada umat Islam yang bersuara bahawa Israel mesti dihapuskan, maka AS akan menjawabnya dengan ancaman dan perang. AS juga mengutuk dan melarang apa jua penulisan atau propaganda yang menyerang Yahudi dan Israel dengan dalih anti-Semitism. Dengan kata lain, jika Islam dan kaum Muslimin dihentam, maka demokrasi dan kebebasan berpendapat terpakai, tetapi jika Yahudi dan Israel dihentam, maka tiba-tiba sahaja kebebasan bersuara tidak lagi terpakai. Inilah kebebasan bersuara gaya syaitan AS!

Walau bagaimana jahat dan biadabnya Amerika sekalipun, malangnya kita menyaksikan bagaimana pemimpin umat Islam terus berbaik dan tunduk kepada Amerika. Perdana Menteri Malaysia tidak terkecuali, yang begitu bangga apabila dapat bersama dan bersalaman dengan Obama, si pembunuh umat Islam. Hillary Clinton yang lidah bercabang itu juga diberi sambutan istimewa oleh pemimpin Malaysia semasa kedatangannya ke Malaysia pada awal November 2012. Inilah hakikat pemimpin umat Islam yang terhegeh-hegeh ingin meraih kemuliaan dengan orang-orang kafir walhal si kafir itulah orangnya yang membenarkan rakyatnya menghina Islam dan Rasulullah SAW! Firman Allah,

“Adakah mereka ingin mencari kemuliaan di sisi mereka (orang-orang kafir) walhal semua kemuliaan itu milik Allah” [TMQ an-Nisa(4):139].

AS Bertanggungjawab Dan Mesti Menanggung Akibat


Walaupun Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton menafikan penglibatan kerajaannya dalam kes ini, namun ia tidak semudah itu untuk diterima oleh kita. AS, selain perlu menghukum warganya yang biadab tersebut, mesti bertanggungjawab terhadap pengeluaran filem dungu itu. Kerajaan Amerika tidak boleh lari dari semua ini. Negara Amerika jelas terlibat. Ini kerana pembuatan filem murahan yang menghina Rasulullah SAW ini disahkan oleh undang-undang negara itu dan apa yang jelas, dilindungi oleh AS dan pemimpinnya sendiri! Oleh yang demikian, membiarkan tanpa mengambil tindakan terhadap promosi dan penyebaran filem keji ini oleh AS, jelas menunjukkan keterlibatan AS dalam hal ini.




Oleh sebab AS merespon isu ini dengan undang-undang dan kekuatan negara, maka kita juga mesti merespon dengan undang-undang (Islam) dan kekuatan Negara (Islam). Penghinaan ini tidak akan berlaku jika tidak dibenarkan oleh AS. Justeru, polisi negara mestilah dilawan dengan polisi negara. Tekanan melalui bentuk demonstrasi dan memorandum kepada kedutaan AS di negeri-negeri umat Islam sudah tidak memberi apa-apa kesan kepada AS sejak sekian lama, walau ribuan umat Islam berhimpun sekalipun. Justeru, kekuatan AS sebagai negara harus dilawan dengan kekuatan negara juga, barulah bertemu buku dengan ruas. Walaupun negara umat Islam ada banyak sekali, namun, selagi kita dipimpin oleh para pemimpin yang pengecut dan tunduk kepada AS, maka selagi itulah AS akan terus lancang dan biadab dan selagi itulah penghinaan kepada Rasulullah SAW akan terus berlaku. Di sinilah perlunya umat Islam
kepada Negara Khilafah, sebuah negara super power yang akan menyatukan umat Islam
di seluruh dunia yang akan menggerakkan ratusan juta tentera kaum Muslimin bagi mengarahkan muncung senjata, kereta kebal, peluru berpandu dan pesawat yang dimiliki untuk membela kemuliaan Islam dan Rasulullah SAW.
Sayangnya Negara Khilafah sudah dihancurkan pada tahun 1924 dan sejak itu umat Islam terpecah-belah dan diperintah oleh para pemimpin sekular. Sudah tidak ada lagi kebaikan pada para pemimpin umat ini dan kita sudah tidak boleh mengharapkan mereka menjaga kesucian Islam. Mereka bukan penjaga Islam, mereka bukan penjaga umat Islam, mereka bukan penjaga kemuliaan Rasulullah SAW. Mereka cuma si rakus yang mementingkan perut-perut mereka sahaja, mementingkan harta, pangkat, takhta dan istana-istana yang mereka miliki. Ini semua lebih penting kepada mereka berbanding menjaga dan mempertahankan kemuliaan Rasulullah SAW!


Seandainya ada Daulah Khilafah, ia akan menjadi penjaga kemuliaan Islam dan kaum Muslimin serta kesucian Rasulullah SAW. Daulah Khilafah adalah perisai yang melindungi dan benteng yang kukuh kepada umat Islam. Hal ini telah ditunjukkan oleh sejarah emas peradaban Islam selama lebih 13 abad. Hatta pada masa Daulah Khilafah semakin melemah pun, kemuliaan Rasulullah tetap dijaga oleh sang Khalifah. Pada akhir abad ke-19, tahun 1890, seorang penulis Perancis, Henri de Bornier, membuat pentas drama komedi berisi penghinaan kepada Rasulullah SAW. Maka Khalifah kaum Muslimin, Sultan Abdul Hamid II, mengirim surat kepada kerajaan Perancis agar melarang pementasan drama itu di seluruh Perancis. Perancis pun memenuhi permintaan itu dan mengambil keputusan tidak membenarkan pementasan drama tersebut. Perancis mengirim surat kepada Sultan Abdul Hamid yang di antara isinya, “Kami percaya, keputusan yang kami ambil sebagai pemenuhan atas keinginan yang mulia Sultan akan mempererat hubungan baik di antara kita…”. Ketika penerbit yang sama berusaha mementaskannya di Britain dan mulai membuat persiapan pementasannya, Sultan mengetahuinya dan mengirimkan surat agar dicegah pementasan tersebut. Akhirnya pementasan itu pun dilarang walhal di kala itu British merupakan negara super power. British lalu meminta maaf atas persiapan pementasannya hingga drama tersebut tidak jadi diadakan!
Sultan Abdul Hamid II


Harapan Kepada Tentera Yang Ikhlas


Puak kafir penghina Islam dan Rasulullah ini berani untuk terus menghina kerana mereka tahu bahawa pemimpin kaum Muslimin yang ada semuanya bacul dan pengkhianat. Mereka tahu bahawa pemimpin yang ada ini tidak akan berani berkata apa-apa untuk menegur tuan mereka (AS), apatah lagi untuk bergerak melawan AS. Mereka adalah pemimpin yang, jika AS terbatuk, mereka akan terus terkencing! Inilah hakikat pemimpin umat Islam! Oleh sebab itulah, walaupun umat sudah bangkit menentang kebiadaban kuffar AS, namun pemimpin terus kaku dan tidak berani mengangkat kepala walaupun sedikit. Kita sudah tidak mengharapkan pemimpin yang bacul dan khianat ini. Kita sudah yakin sepenuhnya bahawa pemimpin yang ada ini sudah tidak ada gunanya lagi. Justeru, kita meletakkan harapan kepada para tentera yang ikhlas, yang hidupnya bukan untuk meraih dunia tetapi hanya untuk Allah semata-mata, agar bangkit dari lena mereka yang panjang.


Bangkitlah wahai para tentera! Sudah terlalu lama engkau berdiam diri, tidak berani berkata walau sepatah perkataan. walaupun di saat Nabi-mu dihina. Engkau sudah lama hanya memerhati sahaja Muhammad dihina, seolah-olah Muhammad itu bukan Rasul-mu! Engkau lebih setia kepada pemimpin sekular yang hanya berpeluk tubuh apabila Muhammad dihina, berbanding kesetiaan-mu kepada Allah dan kekasihNya itu. Apakah hati-mu sudah terhijab dengan ketakutan dan kecintaan kepada dunia sehingga apabila Rasul-mu dihina, engkau tetap diam membisu?! Jika engkau takut untuk hanya menyebut perkataan jihad, sudah tentu engkau lagi takut untuk melaungkan seruan jihad, bahkan tentu engkau lagi kecut untuk terjun ke medan jihad. Apakah ini sifat-mu sebagai tentera Muslim? Jika beginilah sikap-mu, maka lebih baik engkau tanggalkan sahaja uniform-mu dan berikanlah ia kepada para Muslimah yang sentiasa bersedia menyarungnya pada bila-bila masa! Tidak malukah engkau mengaku sebagai umat Muhammad sedangkan apabila Muhammad dihina engkau tidak berbuat apa-apa? Bukankah engkau menginginkan syafaat dari Muhammad SAW di akhirat kelak? Justeru, wajarkah engkau tidak bergerak membela Rasul-mu tatkala insan mulia itu dihina? Apakah jawapan-mu kepada Allah dan RasulNya itu nanti?


Bangkitlah wahai tentera! Jangan engkau hanya berani menunjuk belang dan menjadi juara berkawad di padang, kerana tempat sebenar-mu adalah di medan. Di situlah pertempuran-mu! Di situlah kemuliaan-mu! Di situlah syurga-mu! Bergeraklah wahai para kesateria. Bergeraklah membela Rasul dan agama-mu. Lepaskanlah segala ketaatan-mu daripada pemimpin yang tidak menerapkan Islam, pemimpin yang tidak mencintai Allah dan RasulNya dan berpalinglah kepada mentaati Allah dan RasulNya. Seterusnya, berikanlah nusrah (pertolongan) dan kekuasaan kepada golongan yang ingin menegakkan agamaNya. Tanyalah diri-mu, untuk apakah engkau menjadi tentera jika tidak untuk berjihad menjaga kesucian Islam, menjaga kemuliaan Rasulullah SAW, mengajar puak kuffar dengan perang-mu, membebaskan wilayah Islam yang dicengkam musuh dan membuka wilayah-wilayah baru demi menerapkan agama Allah di dalamnya? Jika engkau tidak melakukan semua itu, bermakna sudah hilanglah ruh Islam dari jiwa-mu dan maruah serta kemuliaan sudah tercabut dari diri-mu sebagai tentera Muslim.



Bangkitlah wahai para tentera! Kenakan pakaian seragam-mu dan bersiap siagalah. Bersihkanlah semboyan mu yang sudah lama tersumbat itu. Tiuplah semboyan jihad dan perdengarkanlah ia ke seluruh dunia demi menyelamatkan maruah Rasul-mu yang dicalar. Bukalah garaj dan pecahkan kesemua rantai yang mengunci kelengkapan perang-mu. Buangkanlah segala karat yang sudah lama menempel pada senapang-mu. Isikan minyak enjin kereta kebal-mu yang sudah lama kekeringan. Hidupkan enjin jet pejuang-mu yang selama ini hanya mengaum untuk hari pertunjukan yang sia-sia. Terbangkanlah ia ke arah yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya. Malaikat akan terbang bersamamu sehingga engkau menemui salah satu daripada dua kemuliaan, kemenangan di dunia atau pertemuan yang baik denganNya di akhirat.


Wahai Kaum Muslimin! Siapa sahaja yang mencintai Allah dan RasulNya, dia mesti berjuang untuk mendirikan agamaNya. Dan agamaNya tidak akan dapat didirikan tanpa adanya sebuah negara yang menerapkannya. Justeru, siapa sahaja yang cintakan Allah dan RasulNya, dia wajib berjuang menegakkan Negara Khilafah. Siapa sahaja yang marah terhadap orang yang menghina Rasulullah, dia wajib berjuang untuk mendirikan Khilafah. Siapa sahaja yang menginginkan si penghina Rasulullah dihukum, dia wajib mendirikan Khilafah. Siapa sahaja yang ingin memastikan Rasulullah tidak lagi dihina, dia wajib mendirikan Khilafah. Kerana hanya Khilafah sahajalah yang akan secara nyata menghentikan semua penghinaan itu, serta melindungi kehormatan Islam, Rasulullah dan umatnya. Umpama respons Sultan Abdul Hamid II terhadap Perancis dan British, dengan ketegasan sang Khalifah yang mengisytiharkan jihad jika penghinaan itu diteruskan, maka akhirnya segala rancangan jahat musuh terhenti serta-merta. Sultan Abdul Hamid II telah menunjukkan kepada kita bahawa jika Rasulullah SAW dihina, maka jihad adalah jawapannya. Inilah yang juga bakal dilakukan oleh Khalifah apabila kita bernaung di bawah Daulah Khilafah tidak lama lagi Insya Allah.

Tuesday 18 September 2012

PERISTIWA BERSEJARAH DALAM BULAN ZULKAEDAH




Ibnu Khuzaimah Wafat
Pada 2 Zulkaedah 311 Hijriah, Ibnu Khuzaimah, seorang ahli hadis dan fakih termasyhur abad ke-4 Hijriah meninggal dunia. Dia lahir ke dunia pada tahun 223 Hijriah, dan mula menimba pelbagai disiplin ilmu agama sejak masa mudanya dengan berkelana dari satu negeri ke negeri lain. Jerih payah dan kehebatannya kemudian terabadikan dalam karya-karya tulisnya dalam jumlah besar, satu di antaranya buku Attauhid wa Itsbat as-Sifaat ar-Rab.
Sebuah buku yang mengupas akidah Islam. Dalam kitab ini pula, Ibnu Khuzaimah memberikan penjelasan secara rinci keyakinan-keyakinannya tentang keesaan dan sifat-sifat Tuhan berdasarkan ayat-ayat Al-Quran serta hadis.

Ibnu Hisham Meninggal

5 Dzulqa’dah 761 Hijriah, Ibnu Hisham, seorang ilmuwan besar Mesir, meninggal dunia pada usia 53 tahun. Selain menguasai bidang nahu dan hadis, Ibnu Hisham juga dikenali sebagai ilmuwan di bidang sastera dan bahkan mampu menyusun syair. Kemasyhuran Ibnu Hisham terutama kerana bukunya yang berjudul “Mughni.” Buku ini amat dipuji oleh kalangan ilmuwan dan menunjukkan ketinggian ilmu Ibnu Hisham. Ibnu Khaldun, seorang sejarawan muslim terkemuka, juga menyebut-nyebut buku ini dan menyatakan bahawa buku ini memiliki nilai yang sangat tinggi. Selama berabad-abad, kitab “Mughni” dijadikan sebagai salah satu buku yang diajarkan di sekolah-sekolah.



Darul Quthni Meninggal Dunia

8 Dzulqa’dah 385 Hijriah, Ali bin Umar Darul Quthni, seorang penulis yang ahli hadis dan fiqih muslim, meninggal dunia di kota Baghdad. Setelah menempuh pendidikan dasarnya, Darul Quthni memulakan perjalanan ke Mesir dan Suriah untuk mencari ilmu.
Selain menguasai hadis dan fiqih, Darul Quthni juga mahir di bidang sastera dan syair. Di antara karya-karya yang ditinggalkan Darul Quthni adalah kitab kumpulan hadis Rasulullah, berjudul “Sunan Darul Quthni.” Karyanya yang lain berjudul “Al-Mukhtalif wal Mu’talaf”.


Ibnu Jauzi Lahir

13 Dzulqa’dah tahun 508 Hijriah, Ibnu Jauzi, seorang ahli fiqih dan Al-Quran abad ke-6 Hijriah, lahir ke dunia di kota Baghdad. Ibnu Jauzi banyak melakukan perjalanan ke pelbagai kota untuk menuntut ilmu, sampai akhirnya dia dikenal sebagai ilmuwan besar pada zamannya. Ibnu Jauzi banyak menulis buku di bidang agama, di antaranya berjudul “Al-Muntazham” dan “Mawaidzul Muluk”. Dia meninggal tahun 597 Hijriah.



Umar Khayam Naishaburi Lahir
18 Dzulqa’dah 439 Hijriah, Umar Khayam Naishaburi, seorang ahli matematik, astronomi, ahli falsafah, dan penyair besar Iran, lahir ke dunia di kota Naishabur, timur laut Iran. Meskipun ketinggian ilmu Khayam jauh melebihi kemampuannya di bidang sastera, namun Umar Khayam lebih terkenal di dunia sebagai seorang penyair. Syair-syairnya yang berstruktur rubaiyyat dan mengandung keindahan serta makna yang dalam telah diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa dunia.
Selain menghasilkan karya syair, Umar Khayam juga melakukan perubahan terhadap kalender Parsi. Kalender hasil susunan Umar Khayam dikenal dengan nama “Taqwim-e Jalali”. Karya Umar Khayam yang lain adalah buku “Nuruz-nameh” dan “Tarikh-e Adab-e Jasn-e Nuruz”, dan “Jabar wa Muqabalah” yang diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis pada tahun 1851.

Ibnu Sina lahir
20 Dzulqa’dah tahun 370 Hijriah, seorang ilmuwan bijaksana dunia Islam bernama Ibnu Sina atau yang dikenali juga dengan nama Syaikh Ar-Rais lahir ke dunia. Ilmuwan berdarah Parsi ini sejak kecil sudah menunjukkan bakatnya yang luar biasa di bidang keilmuan. Sejak usia kanak-kanak dia sudah menguasai ilmu-ilmu dasar. Pada usia 10 tahun, dia sudah mampu menghafal Al-Quran. Seluruh bidang ilmu boleh dikatakan dia pelajari secara sempurna. Ia belajar logika, matematik, perubatan, dan filsafat.


Setelah berjaya menyembuhkan penyakit yang tajam yang dideritai oleh Nuh bin Mansur, Raja Kekaisaran Samani ketika itu, Ibnu Sina diperkenankan untuk memperolehi kebenaran membaca buku-buku berharga yang ada pada perpustakaan negara. Setelah itu, dia mula menulis sejumlah buku berharga yang memberikan sumbangsih tiada tandingannya bagi dunia ilmu pengetahuan. Ibnu Sina yang mula menulis pada usia 21 tahun, sampai akhir hayatnya berjaya menulis buku-buku yang masih digunakan sebagai rujukan oleh ilmuwan masa kini walaupun karya-karyanya itu telah berusia lebih dari satu millenium. Di antara karya-karyanya yang terkenal adalah buku berjudul, Syifa, Isyarat, dan Qanun fi Tibb.


Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah Meninggal Dunia
20 Zulkaedah 728 Hijriah,Nama lengkap Ibnu Taimiyah ialah Taqiyuddin Abdul Abbas Ahmad bin Abdul Salam bin Abdullah bin Muhammad bin Taimiyah Al-Harrani Al-Hambali. Beliau dilahirkan pada hari Isnin, 10 Rabiulawal 66l Hijriah bersamaan 22 Januari 1263 Masihi di Harran. Beliau adalah seorang yang amat berjasa dalam melaksanakan dasar "pembersihan" dalam Islam.

Apabila umat Islam sudah mula menyimpang dan mencampur adukkan unsur-unsur bid'ah dan khurafat dalam ajaran Islam pada zamannya maka beliau tampil berusaha mengembalikan mereka ke landasan Islam yang sebenarnya. Beliau juga meninggalkan ratusan buah kitab karangannya yang menjadi rujukan sehingga sekarang. Karangan terbesarnya ialah Fatawa Ibnu Taimiyyah yang menjadi rujukan ahli fiqh dan hukum sehingga ke hari ini. Beliau meninggal dunia hari Isnin, 20 Zulkaedah 728 Hijriah. (28 September 1328 Masihi), dalam usia 67 tahun, setelah sakit dalam penjara lebih dari 20 hari.

Beliau menghembuskan nafas yang terakhir di atas tikar solatnya, sedang dalam keadaan membaca Al-Quran. Walaupun beliau juga seorang yang banyak dibenci orang kerana pendirian tegasnya, tetapi jenazah beliau diiringkan ke pusara oleh 200,000 orang lelaki dan 15,000 orang wanita.


Ibnu Nafis Meninggal
21 Dzulqa’dah 687 Hijriah, Ibnu Nafis, seorang cendikiawan dan tabib muslim, serta penemu sistem peredaran darah, meninggal dunia. Dia dilahirkan di Damsyik dan di kota itu pula dia menuntut ilmu di bidang keislaman dan perubatan dari ulama-ulama terkemuka pada saat itu. Salah satu kitab yang paling awal ditulis oleh Ibnu Nafis adalah Penjelasan Terhadap Kitab Al-Qanun yang di sana dia memberikan penjelasan mengenai sistem peredaran darah. Berdasarkan tulisan Ibnu Nafis ini, tiga abad yang lalu seorang ilmuwan Eropah, Miguel Serveto mengeluarkan hasil penyelidikannya mengenai masalah yang sama. Karya lain Ibnu Nafis adalah Ash-Shamil yang berisi tentang teknik operasi.

Nizamul-Mulk Lahir
22 Dzulqa’dah 408 Hijriah, Nizamul-Mulk, seorang cendikiawan dan politikus Iran terkemuka abad ke-5 Hijriah, lahir ke dunia di kota Thus, timur laut Iran. Nizamul-Mulk pada masa pemerintahan Dinasti Saljuk dilantik sebagai menteri dan ia memegang jawatan itu selama tiga puluh tahun. Selama masa memegang jawatannya tersebut, Nizamul Mulk banyak membuat dasar yang berpengaruh besar bagi kemajuan Iran, di antaranya membina pelbagai sekolah yang dikenal dengan nama “Nizamiyah”.
Nizamul Mulk juga merupakan seorang penulis. Salah satu karyanya berjudul “Siyasat-Nameh” yang merupakan rakaman pengalamannya selama menjadi menteri dan pandangannya mengenai metode-metode pemerintahan yang baik. Hingga saat ini, buku ini dianggap sebagai salah satu buku sastera Iran yang terpenting.


Madrasah Nizamiyah









Perjanjian Hudaibyah Ditandatangani
24 Dzulqa’dah tahun keenam Hijriah, Rasulullah bersama sekitar 1400 kaum muslimin, tanpa membawa kelengkapan perang, berangkat dari Madinah ke Mekah dengan niat untuk menunaikan ibadah haji. Namun di tengah perjalanan, di sebuah kawasan bernama Hudaibiyah, rombongan Rasulullah dihalang oleh kaum musyrikin.
Setelah melalui perundingan panjang antara kedua pihak, akhirnya disepakati untuk ditandatangani perjanjian Hudaibiyah, yang di antaranya berisi ketetapan bahawa tahun itu, kaum muslimin tidak boleh memasuki Mekah untuk menunaikan ibadah haji, namun tahun depan larangan tersebut akan dicabut. Perjanjian Hudaibiyah merupakan kejayaan diplomatik besar yang dicapai kaum muslimin. Dua tahun kemudian, iaitu tahun lapan Hijriah, kaum muslimin bahkan berhasil menguasai kota Mekah tanpa terjadi pertumpahan darah.

Rasulullah Berangkat Haji Wada’
25 Dzulqa’dah tahun ke sepuluh Hijriah, Rasulullah bersama lebih dari 100,000 kaum muslimin, keluar dari kota Madinah dengan tujuan untuk menunaikan haji ke kota Mekah. Perjalanan haji Rasulullah bersama kaum muslimin tahun ke-10 Hijriah itu merupakan perjalanan haji terakhir yang beliau lakukan. Oleh itu, ibadah haji yang dilakukan Rasulullah waktu itu dikenali dengan nama Haji Wada’, atau haji perpisahan.

Abul Qasim Thabrani Wafat

28 Dzulqa’dah tahun 360 Hijriah, Abul Qasim Thabrani, seorang ulama terkenal asal Isfahan, Iran, meninggal dunia. Dia adalah ilmuwan dan ahli hadis terkenal abad keempat hijriah. Untuk mempelajari ilmu-ilmu keislaman, Thabrani melakukan banyak perjalanan ke negeri-negeri muslim, dan selama 33 tahun lamanya, ia melakukan kajian atas sejumlah bidang ilmu keislaman.
Ada tiga kitab ilmu hadis terkenal yang ditulisnya, yang berjudul “Mu’jam Kabir”, “Mu’jam Wasath”, dan “Mu’jam Shagir”.


Thursday 13 September 2012

MENELITI SEMULA KONSEP TAHALUF SIYASI



Di pentas politik kini antara istilah yang popular adalah tahaluf siyasi. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan ini? Dalam bahasa Arab, tahaluf berasal dari kata hilfun yang bererti perjanjian (mu’ahadah) atau kesepakatan (mu’aqadah). Siyasi bererti politik. Dalam bahasa Latin ia disebut co-alescare yang bermaksud: tumbuh menjadi alat penggabung.
Tahaluf siyasi bermaksud ikatan atau gabungan antara dua atau lebih negara untuk mencapai tujuan tertentu. Ia juga boleh diertikan sebagai gabungan beberapa parti dalam parlimen untuk mendapat majoriti yang dapat membentuk kerajaan.

Tahaluf siyasi anehnya berlaku antara parti yang menamakan dirinya parti Islam dan parti sekular. Landasan kerjasama hanyalah pada persamaan platform, walaupun fakta menunjukkan bahawa faktor yang dominan hanyalah kepentingan sementara. Platform yang dijadikan dasar adalah sama-sama mengembangkan demokrasi dan membentuk kerajaan yang kuat untuk meneguhkan dasar-dasar yang dibuat. Tidak dinyatakan pula dalam kesepakatan itu berjuang bersama untuk menegakkan hukum Allah (Syariat Islam).

Mengukuhkan Hukum Sekular
Timbul pula persoalan: bolehkah bekerjasama dalam rangka mewujudkan platform demokrasi sekular tersebut?
Inti dari demokrasi adalah kedaulatan berada di tangan rakyat. Penggubalan pelbagai undang-undang diserahkan kepada Parlimen. Ertinya: Pihak yang memiliki autoriti untuk menghalal dan mengharamkan sesuatu, menentukan sama ada sesuatu perkara itu terpuji atau tercela, menetapkan mana yang boleh dan mana yang tidak boleh di tengah-tengah masyarakat adalah para wakil rakyat di Parlimen.
Kerjasama parti Islam dengan parti sekular adalah kerjasama untuk mengukuhkan hukum yang berada di tangan manusia, sedangkan pihak yang memiliki autoriti untuk menentukan hukum hanyalah Allah SWT. Amat nyata sekali firman Allah:
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّـهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.
(al-Maidah:50)
Allah SWT juga berfirman:
إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّـهِ ۚ
Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah.
(Yusuf:40)
Kerjasama yang seumpama ini merupakan aktiviti yang diharamkan oleh Islam. Malah Islam menganggapnya sebagai masalah ketuhanan (rubbubiyah). Allah SWT menegaskan:
اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّـهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ
Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai tuhan-tuhan selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam.
(at-Taubah:31)
Berkaitan dengan persoalan ini, Imam Ibnu Kathir menceritakan bahawa Adi bin Hatim pernah datang ke Madinah menemui Rasulullah. Ketika itu Adi memakai kalung salib perak. Melihat keadaan tersebut, Nabi Muhammad membaca ayat di atas (yang bererti): Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai tuhan-tuhan selain dari Allah. Adi pun mengulasnya: ‘Sesungguhnya mereka tidak pun menyembah ahli-ahli agama itu’. Rasulullah menyanggahnya: “Memang mereka menyembah ahli-ahli agama. Ahli-ahli agama itu telah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, lalu mereka mengikuti ahli-ahli agama itu. Begitulah mereka menyembah ahli-ahli agama itu”. Lalu baginda mengajak Adi masuk Islam dan beliau pun menyahut seruan Nabi SAW dengan mengucapkan kalimah syahadah.
Islam juga menganggap kerjasama seperti yang dikemukakan di atas sebagai satu bentuk pengukuhan berhukum kepada thaghut, yang kaum muslimin telah diperintahkan agar mengingkarinya sebagaimana yang ditegaskan oleh ayat Quran:
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَن يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَن يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُضِلَّهُمْ ضَلَالًا بَعِيدًا
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.
(an-Nisa:60)

Kerjasama Dalam Kemungkaran
Kesimpulannya, nyata sekali bahawa tahaluf siyasi merupakan kesepakatan/perjanjian yang bertujuan menegakkan serta mengukuhkan hukum manusia yang amat dilarang oleh Islam. Padahal Rasulullah menegaskan:
لَا حِلْفَ فِي الْإِسْلَامِ
“Tidak boleh ada perjanjian (yang batil) dalam Islam”.
Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ahmad.
Imam Nawawi menghuraikan maksud hadis ini dengan menyatakan: “Yang dimaksudkan dengan hilfun yang dilarang dalam hadis di atas adalah perjanjian untuk saling mewarisi (yang ada pada masa awal hijrah bagi orang-orang yang saling dipersaudarakan oleh Rasulullah) dan perjanjian pada segala yang dilarang oleh syariat”.
An-Nawawi, Syarh Muslim, jilid 3/302.
Jelaslah dilihat dari aspek kesepakatan untuk mengembangkan demokrasi sekular, kerjasama parti Islam dengan parti sekular merupakan perbuatan yang bertentangan dengan Islam.
Pihak-pihak yang bersepakat pun sememangnya saling bekerjasama dalam menjalankan dan mempertahankan platform sekular itu. Aktiviti seperti ini bukanlah merupakan tolong-menolong dalam kebaikan dan ketakwaan, tetapi tolong-menolong dalam dosa dan keharaman. Ini kerana aktiviti demikian bertentangan dengan firman Allah:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
(al-Maidah:2)
Imam Ibnu Kathir menjelaskan ayat di atas: “Allah telah memerintahkan hamba-hambaNya yang beriman untuk tolong-menolong dalam mengerjakan perbuatan baik, iaitu al-birr, dan meninggalkan kemungkaran, iaitu at-taqwa. Allah juga melarang mereka tolong-menolong dalam kebatilan, dosa dan perkara-perkara yang diharamkan”.
Tafsir Ibnu Kathir, jilid 2/12-13.

Mencampuradukkan Haq Dengan Batil
Dalam realitinya, tahaluf ini sudah tidak mengambilkira ideologi parti, sama ada Islam atau sekular. Intipati dari tahaluf ini adalah kompromi. Akhirnya, kompromi pun tidak mengambilkira ideologi parti. Malah seringkali ideologi parti dikorbankan, digantikan dengan pragmatisme serta kepentingan sementara waktu. Satu perkara yang tidak dapat dielakkan dalam setiap kompromi adalah saling mengorbankan sebahagian keyakinan serta kepentingan sendiri dengan menerima sebahagian keyakinan serta kepentingan rakan kongsi tahaluf. Malangnya, kompromi dalam tahaluf siyasi terjadi antara hukum Islam dan hukum sekular, mencampurkan yang halal dengan yang haram, perkara haq dengan perkara batil. Seringkali parti Islam tidak berani walaupun sekadar menyebut syariat Islam. Ini bertentangan dengan perintah Allah:
وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
(al-Baqarah:42)
Adh-Dhahak menerangkan makna ayat ini: “Jangan kamu mencampurkan hak dengan batil, kebenaran dengan kedustaan”.
Abu Aliyah menyatakan: “Jangan kamu mencampurkan haq dengan batil dan sampaikanlah peringatan kepada hamba Allah, umat Nabi Muhammad. Jangan kamu mencampuradukkan antara Yahudi dan Nasrani dengan Islam, padahal kamu mengetahui bahawa agama Allah adalah Islam, sedangkan Yahudi dan Nasrani adalah rekaan manusia, bukan dari Allah”.
(Tafsir Ibnu Kathir, jilid 1)
Lebih tegas lagi, Syeikh ‘Atha Abu Rasytah menerangkan kandungan ayat ini: “Ayat ini melarang dua perkara. Pertama: mencampuradukkan haq dengan batil. Kedua: menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui kebenaran itu. Sesungguhnya perbuatan mencampuradukkan hak dengan batil adalah satu penyesatan, manakala menyembunyikan kebenaran bermakna menutup serta mengabaikannya. Kedua-duanya merupakan dosa besar dalam agama Allah ini”.
(at-Taisir fi Usul at-Tafsir, muka 42)
Dengan demikian, tahaluf parti Islam dengan parti sekular adalah haram di sisi syarak.

Pengesahan Parti Sekular
Salah satu implikasi tahaluf parti Islam dengan parti sekular adalah kerjasama, saling membantu, saling mempertahankan, dan saling membela dalam persepakatan. Hakikatnya ada dua perkara. Pertama: Pengesahan, pengakuan serta persetujuan parti Islam terhadap kewujudan dan kesahihan parti sekular. Kedua: Pengukuhan parti sekular dengan menjadi teman rapat (bithanah) parti Islam. Padahal Allah mewajibkan setiap parti menjadikan dasarnya adalah Islam. Allah menegaskannya:
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Ali Imran:104)
Dalam Tafsir Jalalain dinyatakan bahawa makna menyeru al-khair adalah menyeru al-Islam. Selaras dengan kenyataan ini, Imam Ibnu Kathir sewaktu mentafsirkan ayat ini memetik riwayat dari Abu Jaafar al-Baqir, bahawa Rasulullah membaca surah Ali Imran ayat 104 lalu bersabda: “al-Khair adalah mengikuti al-Quran dan sunnahku”.


Ayat ini menegaskan bahawa puak/parti yang diperintahkan dalam ayat ini mestilah menjalankan dua tugas: Menyeru Islam secara keseluruhan dan melakukan amar makruf nahi munkar. Salah satu bentuk kemungkaran adalah sekularisme. Dengan adanya tahaluf siyasi ini, sebagai ganti melakukan amar makruf nahi munkar terhadap parti sekular, akhirnya parti Islam berganding bahu dan menjaga pula kelangsungan parti sekular malahan memberikan kesahihannya. Ini adalah bertentangan dengan hukum Islam.
Kesimpulannya, hasil daripada kajian hanya beberapa realiti sudah cukup menjelaskan bahawa haram bagi parti Islam bertahaluf dengan parti sekular. Semoga Allah menunjukkan umat Nabi Muhammad ini ke jalanNya yang lurus.

Monday 10 September 2012

PERISTIWA BERSEJARAH DI BULAN SYAWAL




Perang Hunain Bermula
3 Syawal 8 hijriyyah, menurut sebahagian sejarawan muslim, bermulalah Perang Hunain. Perang ini terjadi lima belas hari setelah penaklukan Mekah dan berlangsung di kawasan antara Mekah dan Thaif. Dua kabilah Arab yang belum masuk Islam, iaitu Hawazin dan Tsaqif, bersatu untu melawan kaum muslimin dan mereka memasang perangkap untuk mengalahkan pasukan muslimin.
Pasukan muslimin yang baru saja memperolehi kemenangan dalam penaklukan Mekah, telah leka dalam perang ini dan terpaksa mundur. Namun, atas pertolongan Allah swt dan kepemimpinan Rasulullah, pasukan muslim kembali bangkit dan berjuang sampai akhirnya meraih kemenangan.
Peristiwa ini diabadikan di Al-Quran dalam Surah At-Taubah ayat 25, yang ertinya: “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu di medan peperangan yang banyak, dan peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlah , maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfa'at kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai”.




Daruqutni Meninggal Dunia
4 Syawal 351 Hijriyyah, Daruqutni, ulama dan sasterawan terkenal abad ke 4 Hijriah, meninggal dunia. Daruqutni juga merupakan qari dan mufasir Quran terkenal di zamannya. Di antara karya-karya Daruqutni berjudul “Al-Mu’jamul Akbar” dan “Al-Manasik”.

Berlangsungnya Perang Uhud
7 Syawal tahun 3 Hijriah, terjadilah perang Uhud antara kaum muslimin dengan kaum musyrikin di gunung Uhud, sebuah kawasan di utara kota Madinah. Kaum musyrikin Qurays setelah kekalahan besar mereka di perang sebelumnya, iaitu perang Badar, berusaha membalas dendam dengan membawa 3000 pasukannya yang bersenjata lengkap.
Sebaliknya, kekuatan kaum muslimin saat itu hanya 700 orang. Awalnya, kaum muslimin meraih kemenangan. Namun, sebahagian pasukan muslimin tidak mematuhi perintah Rasul untuk tetap bertahan dan bersedia di atas gunung. Mereka malah turun gunung untuk mengambil barang-barang rampasan perang yang ditinggalkan kaum musyrikin.
Di saat itulah kaum musyrikin kembali menyerang kaum muslimin dan meraih kemenangan. Akibatnya, sekitar 70 orang dari pasukan muslim gugur syahid, di antaranya Hamzah, pakcik Rasulullah. Rasulullah sendiri mengalami luka parah dalam perang tersebut.

Ibnu Sirin Meninggal Dunia
9 Syawal 110 Hijriah, Ibnu Sirin seorang ahli fiqih dan hadis terkenal abad ke 2 hijriah, meninggal dunia. Dia dilahirkan di kota Bashrah, Irak selatan dan sejak remaja telah mempelajari ilmu, kezuhudan, dan ketabahan. Ibnu Sirin sangat mengutamakan hadis-hadis Rasulullah SAW.
Dengan teliti dan hati-hati, dia menghafal banyak hadis-hadis tersebut. Ketelitiannya itu membuatnya jadi bahan rujukan para penulis terkemuka. Ibnu Sirin selama masa hidupnya mengenal 30 sahabat Rasulullah SAW dan dia banyak meninggalkan pelbagai karya penulisan.




Rasulullah Pergi Ke Thaif
11 Syawal 3 tahun sebelum hijrah, Rasulullah SAW melakukan perjalanan ke Thaif dekat Mekah dengan tujuan untuk mengajak Kabilah Tsaqif masuk Islam. Perjalanan ini dilakukan Rasulullah tak lama setelah wafatnya Abu Thalib, pelindung utama Rasulullah. Meninggalnya Abu Thalib yang disegani oleh kaum musyrik Qurays, membuat mereka semakin berani mengganggu Rasulullah.
Oleh kerana itu, jika warga kota Thaif mahu menerima Islam, kota ini akan dijadikan tempat berlindung bagi warga muslimin dari kekejaman kaum musyrikin Mekah. Namun, pemimpin kabilah Tsaqif bukan hanya menolak beriman kepada Allah Yang Esa dan Rasulullah, bahkan menyerang Rasululah sehingga baginda terluka. Akhirnya Rasulullah dan kaum muslimin Mekah berhijrah ke Madinah dan mendirikan pemerintahan Islam di sana.


Abu Daud Sajestani Meninggal Dunia
15 Syawal tahun 272 Hijriah, Abu Daud Sajestani salah satu ulama terkemuka muslim, meninggal dunia. Dia dilahirkan pada tahun 202 Hijriah dan untuk menuntut ilmu, ia pergi ke Khurasan, timur laut Iran. Kemudian, ia pergi ke berbagai kota-kota Islam untuk mengumpulkan hadis-hadis Rasulullah. Hasil dari usaha keras Abu Daud adalah buku kumpulan hadis yang terkenal dengan nama “Sunan Abu Daud”. Karyanya yang lain berjudul “Al-Marasil”.

Perang Khandaq Meletus
17 Syawal tahun ke-5 Hijrah, Perang Khandaq atau Perang Ahzab meletus di sekitar kota Madinah. Perang ini meletus akibat hasutan kaum Yahudi Madinah yang takut melihat kemajuan Islam. Kaum musyrikin Mekah kemudian bergerak menuju Madinah untuk menyerang kaum muslimin dengan dipimpin oleh Abu Sufyan.
Ketika Rasulullah mendengar berita datangnya serangan dari kaum musyrikin itu, beliau berunding dengan para pasukannya. Salman Al-Farisi, salah seorang sahabat setia Rasul, mengusulkan agar digali parit di sekitar kota Madinah. Ketika pasukan musyrikin melihat parit itu, mereka amat terkejut dan perang tertunda selama beberapa hari. Kemudian, beberapa tokoh perang musyrikin, di antaranya Amr bin Abdiwad, berhasil melintasi parit tersebut dan bertarung dengan Saidina Ali. Melihat para pahlawannya berjaya dikalahkan, kaum musyrikin ketakutan dan kembali ke Mekah.

Andalusia Ditakluk Oleh Thariq bin Ziyad
21 Syawal tahun 92 Hijriah, Andalusia, yang terletak di Spanyol, ditakluk oleh pasukan Islam di bawah pimpinan Thariq bin Ziyad. Thariq dengan 12,000 pasukan dengan menggunakan beberapa kapal, melintasi selat antara Maghribi dan Spanyol yang kemudian diberi nama sesuai dengan namanya, iaitu Selat Jabal Thariq. Untuk membangkitkan semangat pasukannya, Thariq membakar kapal-kapal mereka.
Pasukan muslimin kemudian bertempur dengan gigih sehingga berhasil menewaskan pasukan Spanyol. Mereka kemudian mendirikan pemerintahan dan peradaban Islam selama lapan abad di Andalusia. Pada akhir abad ke-9, tentara salib Eropah bangkit menyerang Andalusia dan menghancurkan peradaban Islam di sana.

Tuesday 4 September 2012

Monarki Arab Saudi : Ada Senjata Tetapi Tidak Berani Mempertahankan Umat Islam


Arab Saudi, 31 Ogos 2012 - Kajian Kongres Amerika Syarikat terbaru telah menunjukkan pasaran senjata global terus berkembang dan jualan persenjataan di Amerika Syarikat telah meningkat lebih daripada dua kali ganda dari tahun sebelumnya tahun 2010.

Jumlah jualan senjata di seluruh dunia hampir dua kali ganda kepada $85.3 billion, Amerika Syarikat memperuntukkan $66.3 billion sehingga kini daripada $21.4 billion pada tahun 2010. Laporan mendapati Rusia, negara kedua dengan jualan senjata tertinggi, dijual hanya bernilai $4.8 billion senjata.




Arab Saudi adalah pembeli terbesar senjata di dunia global dan pelanggan terbesar penjual Amerika Syarikat dalam tempoh ekonomi yang tidak menentu. Secara keseluruhan Arab Saudi membeli $33.4 billion dari Amerika Syarikat. Ia terutamanya terdiri daripada 84 jet pejuang termaju F-15.



Arab Saudi untuk dekad yang lalu telah menjadi salah satu daripada pengimport terbesar senjata. Walaupun Arab Saudi mengeluarkan peralatan ketenteraan sangat sedikit ia telah menggunakan kekayaan minyak untuk dirinya dengan senjata yang paling canggih dan terkini. Walaupun banyak menyimpan pekerja asing yang bekerja, tindakan Arab Saudi secara global tidak mencerminkan kedudukan ini. Malah Arab Saudi beroperasi dari kedudukan yang lemah walaupun ia memiliki emas didambakan di dunia iaitu minyak.



Arab Saudi mendakwa mewakili umat Islam kerana ia mengekalkan penjagaan dua Masjid Suci, namun ini tidak berlaku dengan merujuk kepada dasar luar dan hubungan dengan umat Islam yang lebih luas. Inventori senjata Arab Saudi termasuk kenderaan pertempuran terbaru (M-1A2 Abrams dan 290 AMX-30), pesawat udara adalah terdiri lebih 300 jet termasuk yang Eurofighter baru diambil-alih Taufan dan IDS Tornado dinaik taraf kepada pesawat pejuang F-15 Eagle dan F -15E Strike Eagle. Ia akan mengejutkan kita apabila mengetahui kekuatan teknologi dan ketenteraan adalah setanding negara Eropah dan juga negara Israel dalam banyak bidang.

Dalam konteks kekayaan tentera, ketidakmampuan Arab Saudi untuk memberikan sebarang perlindungan kepada umat Islam dalam krisis terbaru seolah-olah membiarkan kes pembunuhan terus berlaku. Pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Myanmar adalah contoh. Arab Saudi dalam satu tindakan boleh membawa keseluruhan episod berakhir melalui kuasa senjata semata-mata, walaupun ancaman tindakan dari apa-apa kuasa yang mungkin akan berlaku. Tentera Myanmar mempunyai hampir tiada pengalaman terhadap daya berjuang konvensional kerana kebanyakan sejarah telah sibuk dalam pelbagai pemberontakan. 30 jet Burma F7 mungkin tiada perlawanan menentang jet Arab Saudi moden Eurofighter taufan. (Model 1970-an, yang dibeli pada tahun 1996 dari Rusia sebagai stok lebihan digunakan) jet MiG-29 mungkin yang paling moden dipunyai Myanmar. Peralatan pertahanan udara Myanmar ketinggalan zaman dan juga senjata China dibekalkan kepada Myanmar adalah model lebih tua.

Peralatan ketenteraan, teknologi dan kemajuan adalah sia-sia jika tidak dipadankan dengan cita-cita global. Nabi Muhammad SAW berjuang dalam peperangan banyak dengan infantri yang diatasi oleh musuh, tetapi melalui cita-cita beliau berjaya menakluk Semenanjung Arab. Sahabat beliau menyebarkan agama hingga ke China dan pantai Atlantik, serta berurusan dengan empayar Parsi dan Rom.

Arab Saudi hari ini rupanya adalah sebahagian besar ciptaan tiruan dari abad ke-19 dengan pemerintah turut bekerja untuk mencapai matlamat barat daripada meneruskan cita-cita Islam mereka sendiri.

Episod ini menunjukkan bukannya kurang teknologi, mahupun senjata. Sebaliknya, ia adalah kekurangan cita-cita dan kemahuan politik, dan terpengaruh dengan matlamat politik barat yang merupakan apa-apa hubungan yang singkat antara tuan dan hamba.

Musim kebangkitan Arab telah menunjukkan bahawa hubungan ini telah tiba di penghujungnya dan monarki Saudi harus mengambil perhatian apa yang telah berlaku kerana ia mungkin akan terjadi ke atas monarkinya sendiri iaitu bakal diruntuhkan dan bakal digantikan dengan satu kuasa global iaitu Khilafah sebuah Negara Islam Global yang akan menguasai dari Timur hingga ke barat.

[abuumar/nizamulhayah.blogspot.com/edit/hizb.org.uk]