Monday, 20 August 2012

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM: HARAM MEMILIH PEMIMPIN SEKULAR
















Pilihan raya umum semakin hampir. Parti-parti politik tanahair kini semakin sibuk mempersiapkan diri bagi menghadapi pilihan raya umum yang dijangka akan diadakan sama ada penghujung tahun ini atau awal tahun depan. Pelbagai bentuk latihan persediaan dan kempen politik dilaksanakan untuk memastikan masing-masing dapat ikut serta dalam berkuasa semakin hebat dilakukan. Kerjasama antara parti pula menjadi pilihan wajib, kerana tidak ada satu parti pun yang mampu meraih undi lebih 50%. Parti Islam pun tidak terlepas. Pakatan dengan parti yang berbeza platform dan ideologi menjadi pilihan yang tidak dapat dielakkan apabila parti Islam memilih untuk berpatisipasi dalam kerajaan baru yang akan dibentuk. Sebaliknya, jika ia memilih untuk menjadi parti oposisi, parti Islam akan kehilangan peluang untuk mendapatkan kekuasaan. Akibatnya, misi yang pernah mereka war-warkan iaitu ‘menghalang kerajaan dari dikuasai oleh parti sekular dan mencorakkan kerajaan dengan warna keIslaman’ nampaknya jauh panggang dari api. Untuk itu, mereka tidak mempunyai pilihan selain mendekati parti sekular bagi mendapat suara besar.
Cuma, dengan mendapat suara yang boleh dikatakan ‘merugikan’ parti Islam yang tidak mempunyai posisi yang kuat berbanding parti-parti sekular. Parti Islam ini ternyata tidak dapat menentukan arah dan bentuk kerjasama, namun perlu tunduk di bawah kehendak parti sekular. Kerjasama seperti ini tentu akan mendorong parti Islam melibatkan diri dalam pakatan pragmatis yang tiada ideologi. Akidah dan syariah yang sepatutnya dijadikan landasan dan ukuran setiap tindakan terpaksa ditinggalkan demi kepentingan-kepentingan politik sementara. Malangnya lagi, golongan ini tidak malu-malu menakwilkan dalil-dalil syarak bagi mengharuskan tindakan mereka.
Realiti yang ada ini setidak-tidaknya mendorong umat Islam mempersoalkan: Bolehkah parti Islam melibatkan diri dalam pilihan raya seperti ini? Apa pandangan syariah Islam terhadap pilihan raya umum dan pakatan parti Islam dengan parti sekular?



Alasan Kerjasama
Terdapat beberapa alasan penting yang mendorong parti Islam bekerjasama dengan parti sekular. Pertama: alasan yang bersifat pemikiran. Terdapat parti Islam yang meyakini bahawa kerjasama dengan parti sekular dan musyarakah (ikut serta) dalam pemerintahan kufur bukanlah tindakan yang melanggar syariah. Mereka berdalih dengan Perjanjian Hudaibiyah, kaedah ahwanus syarrain, masalih mursalah serta hujah-hujah lain yang sebenarnya tiada hubungan sama sekali dengan kerjasama politik dan musyarakah.
Perjanjian Hudaibiyah misalnya, konteksnya adalah perjanjian antara negara dan sama sekali tidak berkaitan dengan kerjasama parti Islam dengan parti sekular mahupun pemerintahan kufur. Kaedah ahwanus syarrain (memilih bahaya yang lebih kecil) juga telah digunakan tidak kena pada konteksnya yang sebenar. Sebabnya, masih ada jalan halal bagi melakukan perubahan di negara ini. Pilihan raya umum, parlimen dan musyarakah dalam pemerintahan kufur bukannya satu-satu pilihan yang ada bagi parti Islam, yang kemudian dengan bermudah-mudah mereka boleh menggunakan kaedah ahwanus syarrain atau akhzu akhaffu dhararain bagi membolehkan kerjasama dengan parti sekular dan musyarakah dengan pemerintahan kufur.
Kedua: alasan yang bersifat politik-pragmatis. Kerjasama antara parti juga adalah berasaskan kepentingan-kepentingan yang bersifat pragmatis. Biasanya, pakatan adalah bertujuan bekerjasama dalam meraih kekuasaan, membentuk kerajaan baru yang padu, kuat dan sah, bersama alasan-alasan politik lain yang bersifat pragmatis. Jika pakatan sudah dijalin, parti-parti ahli pakatan akan memberi komitmen untuk terikat dengan isi-isi kesepakatan politik itu, dan akan berusaha merealisasikan kerjasama tersebut dalam bentuk yang lebih nyata. Adakalanya pakatan antara parti bersifat tetap dan menyeluruh. Maksudnya, parti-parti tersebut bekerjasama tidak hanya dalam kerajaan sahaja, tetapi juga di parlimen, dan ruang kesepakatannya hampir merangkumi semua bidang kehidupan, hingga ke akhir tempoh pemerintahan kerajaan itu.
Dalam pandangan syariah Islam, kerjasama dan parsitipasi mestilah sentiasa didasarkan pada akidah dan syariah Islam serta dilakukan untuk tujuan-tujuan yang selaras dengan akidah dan syariah Islam. Ini kerana Quran telah menggariskan bahawa kerjasama dan partisipasi harus dalam kebaikan dan takwa. Tidak ada kerjasama dan partisipasi dalam perkara-perkara yang bertentangan dengan akidah dan syariah. Oleh itu kerjasama parti Islam dengan parti sekular untuk menegakkan sistem pemerintahan kufur, melantik ketua kerajaan yang akan menerapkan hukum-hukum kufur dan berpatisipasi dalam pemerintahan sekular jelas merupakan partisipasi yang dilarang oleh Islam.
Ada alasan yang menyatakan bahawa pakatan dengan parti sekular merupakan satu strategi bagi mencorakkan kerajaan yang akan datang dengan warna Islam. Sesungguhnya alasan seperti ini tidak lain hanya pembohongan yang tidak seiring dengan fakta nyata. Ini kerana dengan suara yang boleh dikatakan sederhana, posisi tawar-menawar parti Islam di hadapan parti-parti sekular adalah sangat rendah. Jika mereka tetap ingin mendapat kekuasaan, parti Islam harus tunduk dan patuh dengan arahan dan bentuk kerjasama yang ditentukan oleh parti-parti besar. Apalagi sejak awal parti Islam menyatakan bahawa pakatan dengan parti sekular tidak akan mempersoalkan platform dan ideologi parti. Maknanya, pakatan yang mereka bentuk sudah tidak dilandaskan pada ideologi Islam (akidah Islam), tetapi kepentingan politik yang pragmatis. Padahal bukankah perbuatan yang tidak berlandaskan akidah dan syariah Islam pasti akan ditolak oleh Allah? Adakah parti Islam telah melupakan urusan akhiratnya, sehingga dalam beramal tidak lagi dilandaskan pada akidah Islam, tetapi pada kepentingan pragmatis? Lalu bagaimana mereka boleh menyatakan, bahawa pakatan dengan parti sekular merupakan strategi ampuh untuk mencorakkan pemerintahan dengan Islam, sedangkan sejak mula lagi mereka mencampakkan ideologi dan syariah Islam demi mendapatkan kekuasaan? Ternyata parti Islam bukanlah pihak yang mencorakkan, tetapi adalah pihak yang akan dicorakkan.
Ketiga: ikut serta dalam memilih pemikiran ini. Faktor lain yang menjadi asas pakatan parti Islam dengan parti sekular ialah pandangan yang keliru yang dipegang oleh parti Islam akibat ikut serta secara sukarela dengan pemikiran politik sekular. Dalam pandangan mereka, politik diidentitikan dengan how to get power dan to distribute power (bagaimana cara memperolehi dan mengagihkan kuasa). Pandangan seperti ini telah membahagikan parti politik kepada dua kelas besar: 1.parti pemerintah 2.parti oposisi. Parti pemerintah adalah parti yang berjaya meraih kekuasaan, atau mendapat kuasa, dan terlibat secara aktif dalam pemerintahan. Sebaliknya, parti oposisi adalah parti yang meletakkan diri sebagai pembangkang, dan tidak melibatkan diri dalam pemerintahan (eksekutif). Jika parti politik ingin memainkan peranan dalam pemerintahan, ia harus menjadi parti pemerintah. Sebaliknya, jika ia memilih untuk menjadi parti oposisi bermakna ia tidak berperanan aktif dalam pemerintahan.
Pandangan ini juga telah menjangkiti parti Islam. Jika parti Islam ingin memberikan pengaruh politiknya pada kerajaan maka dia harus melibatkan diri dengan pentadbiran kerajaan itu, tanpa mempertimbangkan lagi halal dan haram. Sebaliknya, jika mereka mereka memilih untuk menjadi parti oposisi, mereka tidak mungkin dapat berperanan dan berpasitipasi dalam kerajaan yang ada. Sedangkan strategi dakwah mereka adalah melakukan perubahan melalui pemerintahan, di samping melalui parlimen. Oleh itu, satu-satunya pilihan bagi mereka adalah bekerjasama dengan parti sekular dan bermusyarakah dengan pemerintahan kufur. Mereka sudah tidak kisah hakikat bahawa parti sekular dan kerajaan yang mereka dukung itu sebenarnya adalah musuh sejati mereka.

Wajib Memisahkan Diri
Selama ini ada anggapan bahawa tindakan tidak melibatkan diri dalam kerajaan yang ada adalah satu sikap tidak peduli dengan nasib bangsa, tidak produktif, dan pilihan yang tidak bertanggungjawab. Tanggapan ini adalah benar jika pihak yang menguruskan pemerintahan dan negara menerapkan serta menjalankan hukum-hukum Islam, dan menjadikan akidah Islam sebagai asas bermasyarakat dan bernegara. Sebaliknya, jika para pengurus negara menjalankan peraturan-peraturan kufur, dan mencampakkan akidah Islam sebagai asas bermasyarakat dan bernegara, maka sepatutnya seorang muslim harus memisahkan diri dari mereka, dan terus berjuang untuk mengubah keadaan tersebut. Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:
سَتَكُونُ أُمَرَاءُ فَتَعْرِفُونَ وَتُنْكِرُونَ فَمَنْ عَرَفَ بَرِئَ وَمَنْ أَنْكَرَ سَلِمَ وَلَكِنْ مَنْ رَضِيَ وَتَابَعَ قَالُوا أَفَلَا نُقَاتِلُهُمْ قَالَ لَا مَا صَلَّوْا
“Akan ada para penguasa, kemudian kamu akan mengetahui makruf dan mungkarnya. Sesiapa yang membencinya akan bebas (dari dosa). Sesiapa yang mengingkarinya akan selamat. Sesiapa yang rela dan mengikutnya (dia akan binasa). Para sahabat bertanya: “Bolehkah kita memerangi mereka?”. Baginda bersabda: “Tidak, selama mereka masih mendirikan solat”.
Ketika mengupas hadis ini, Imam Nawawi dalam kitab Syarh Sahih Muslim menyatakan:
‘Dalam hadis ini terkandung mukjizat nyata mengenai kejadian yang akan berlaku pada masa depan. Peristiwa ini telah terjadi sebagaimana yang diberitahu oleh Rasulullah. Manakala maksud dari frasa: ‘Bolehkah kita memerangi mereka?’, lalu baginda bersabda: “Tidak, selama mereka masih mendirikan solat”, adalah larangan memisahkan diri dari para khalifah, jika para khalifah itu sekadar melakukan kezaliman dan kefasikan, dan selama mereka tidak mengubah satu pun dari sendi-sendi Islam’.
Berdasarkan hadis Nabi di atas, melibatkan diri dengan pemerintahan yang telah melepaskan sendi-sendi Islam jelas merupakan perbuatan haram. Kewajipan kaum muslimin sekarang adalah berjuang dengan cara lain, bukan dengan musyarakah, untuk menegakkan kembali ketuanan Islam dan kaum muslimin.



Larangan Memilih Pemimpin Sekular
Secara umumnya, seorang muslim, sama ada pemerintah atau rakyat, dilarang menerapkan hukum-hukum selain hukum Allah. Keharaman menerapkan hukum selain hukum Allah telah ditetapkan berdasarkan dalil-dalil yang tegas. Allah berfirman:
وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّـهُ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ
Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
(al-Maidah:44)
Masih banyak ayat-ayat lain yang maknanya senada.
Manakala berhubung dengan penguasa, Allah telah mewajibkan Nabi Muhammad dalam kedudukannya sebagai ketua negara untuk memerintah manusia hanya dengan hukum Allah semata-mata (Lihat ayat 48 surah al-Maidah). Allah juga berfirman:
وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّـهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّـهُ إِلَيْكَ ۖ
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu.
(al-Maidah:49)
Ketika Rasulullah mengutus Muaz ke Yaman, baginda bertanya kepada Muaz: “Dengan apa kamu akan memutuskan sebarang perkara?”. Jawab Muaz: ‘Dengan Kitabullah’. Rasulullah bertanya lagi: “Jika kamu tidak menemuinya?” Muaz menjawab: ‘Dengan Sunnah Rasulullah’. Rasulullah kembali bertanya: “Jika kamu tidak menemuinya?” Muaz menjawab: ‘Saya berijtihad dengan pendapat saya’.
Mendengar jawapan yang sangat bijak ini, Rasulullah terus memuji Allah : “Segala pujian bagi Allah yang telah memberi taufik kepada utusan RasulNya pada sesuatu yang dicintai Allah dan RasulNya”.
Dalil-dalil di atas menunjukkan bahawa seorang ketua negara wajib mengatur urusan rakyat hanya dengan peraturan Islam semata-mata. Dia dilarang mengatur urusan rakyat dengan hukum-hukum kufur.
Dari sini dapat difahami bahawa seorang muslim dilarang memilih pemimpin yang berhasrat menerapkan hukum kufur. Sebab, memilih pemimpin yang akan menerapkan hukum kufur sama maknanya dengan membuka jalan bagi penerapan hukum-hukum kufur itu sendiri. Oleh itu, dalam konteks pilihan raya umum yang akan datang, seorang muslim dilarang memilih seorang ketua kerajaan yang terang-terang membuka jalan bagi penerapan hukum sekular yang kufur. Seorang muslim hanya diizinkan memilih ketua kerajaan yang mempunyai komitmen yang kuat untuk menerapkan syariah Islam, baik di peringkat peribadi, masyarakat mahupun negara. Ini hanya dapat diwujudkan apabila kaum muslimin hidup dalam pimpinan seorang khalifah dan berada dalam sistem Khilafah Islamiyah yang menjadikan akidah dan syariah Islam sebagai sendi bermasyarakat dan bernegara. Wallahu a’lam.

Saturday, 21 July 2012

PERISTIWA BERSEJARAH DI BULAN RAMADHAN



Khadijah r.a. Wafat
10 Ramadhan tiga tahun sebelum Hijriah, Khadijah r.a., isteri Rasulullah saw meninggal dunia. Beliau adalah seorang perempuan Quraisy yang terkemuka dan hartawan. Ketika Muhammad SAW diangkat Allah sebagai Rasul, Khadijah adalah orang pertama yang beriman dan memeluk agama Islam. Beliau pun menjadi pendukung utama dakwah Rasulullah dan bahkan mengorbankan seluruh hartanya demi dakwah Islam. Tahun wafatnya Khadijah disebut sebagai tahun kesedihan kerana pada tahun yang sama, Rasulullah juga kehilangan pendukung utamanya yang lain, iaitu Abu Thalib.
Mengenai Khadijah, Rasulullah bersabda, "Demi Allah, Khadijah adalah anugerah terbesar dari Allah untukku. Dia beriman kepadaku ketika semua orang mengingkariku dan dia membenarkanku ketika semua orang mendustakanku."

Nizhamul Mulk Terkorban
10 Ramadhan 485 Hijriah, Nizhamul Mulk, seorang menteri terkenal dari Dinasti Saljuq, Iran, dibunuh pesaing politiknya. Dia dilahirkan pada tahun 410 Hijriah di kota Tus, Iran. Selama 40 tahun, dia berkhidmat kepada dinasti Saljuk. Dalam periode itu, dia ditugaskan untuk mendirikan sekolah-sekolah di Baghdad, yang terkenal adalah Nizhamiah yang mempunyai murid seramai enam ribu orang. Karya terkenal Nizhamul Mulk adalah buku "Siyasat-nameh" yang terdiri dari 50 bab dan membahas berbagai masalah, seperti Quran, sejarah para nabi, dan metode-metode pemerintahan.

Ibnu Al-Jauzi Meninggal
12 Ramadhan tahun 597 Hijriah, Ibnu Al-Jawzi, seorang ulama fiqih, hadis, dan sejarah abad ke-6 Hijrah, meninggal dunia di kota Baghdad. Dia dilahirkan pada tahun 510 Hijriah dan menghabiskan sebagian besar umurnya untuk menuntut ilmu dan menulis buku. Selain menguasai bidang fiqih dan hadis, Ibnu Al-Jawzi juga mahir dalam berkhutbah, sehingga menjadi kepercayaan dari para ulama di zamannya. Karya tulis Ibnu Al-Jawzi mencapai 200 jilid dan yang terkenal di antaranya berjudul "Al-Muntazhim" dan "Mawaidz Al-Muluk".

Hajaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi Meninggal
13 Ramadan tahun 95 Hijriah, Hajaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi, seorang pegawai negara yang kejam dan haus darah pada masa pemerintahaan Bani Umayyah, meninggal dunia. Dia menduduki jawatan tinggi pada masa Khalifah Abdul Malik Marwan dan Hisham Marwan. Selama masa kekuasaannya itu, Hajaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi melakukan pembunuhan berdarah dingin terhadap para pendukung kaum muslimin terutamanya Abdullah bin Zubair. Sebahagian sejarawan menyebut jumlah orang yang dibunuh oleh Hajaj mencapai 120 000 orang. Di antara kejahatan besar Hajaj yang lain adalah serangan ke Mekah dan merosakkan Ka'bah.

Saidina Hasan Lahir
15 Ramadhan tahun ketiga Hijriyyah, Saidina Hasan, cucu pertama Rasul saw lahir ke dunia. Beliau hidup di bawah bimbingan Nabi, ibunya Sayidah Fatimah dan ayahnya Saidina Ali bin Abi Thalib RA. Setelah ayahnya syahid pada bulan Ramadhan tahun 40 Hijriyyah, Saidina Hasan RA memegang amanat menjadi Khalifah teraju kepemimpinan atas umat. Beliau dibaiah di Kota Kufah dan memerintah selama kira-kira enam bulan. Kemudian Muawiyah datang menemuinya. Saidina Hasan kemudian mengirimkan utusan dan menyerahkan jawatan Khalifah kepada Muawiyah dengan syarat setelah Muawiyah menjadi khalifah, beliau tidak meminta apa-apa daripada penduduk Madinah, Hijaz dan Iraq sebagai balasan sikap mereka pada masa pemerintahan ayahnya Saidina Ali. Muawiyah pun bersetuju dengan syarat tersebut, dan kedua-dua pemimpin tersebut pun berdamai. Ini menepati hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abu Bakrah bahawa Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya anakku ini (Hasan) adalah penghulu, semoga Allah mendamaikan dengan dia dua kelompok kaum muslimin yang bertikai”. Peristiwa pembaiahan Muawiyah sebagai Khalifah muslimin oleh Saidina Hasan ini berlaku pada bulan Rabiul Awwal tahun keempat puluh satu Hijrah.

Isra Mi'raj Rasulullah SAW
16 Ramadhan setahun sebelum Hijrah, menurut salah satu riwayat: Rasulullah SAW di atas perintah Allah, melakukan perjalanan Isra Mi’raj. Isra’ Mi’raj adalah perjalanan dari Mekah ke Baitul Maqdis dan kemudian, dari Baitul Maqdis, Rasulullah naik ke langit. Atas kekuasaan Allah SWT, semua perjalanan ini dilakukan Rasulullah hanya dalam satu malam.
Mu’jizat besar yang dimiliki Rasulullah ini tercatat dalam Al-Quran surah Al-Isra’ ayat 1 yang ertinya, “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Dalam perjalanan Isra’ Mi’raj ini, Rasulullah menyaksikan pelbagai rahsia Allah dan kehidupan di alam akhirat. “

Peristiwa Perang Badar
17 Ramadhan tahun ke-2 Hijriah, terjadi Perang Badar, salah satu perang termasyhur di zaman Rasulullah SAW. Badar adalah nama telaga yang terletak 120 kilometer di barat daya Madinah. Dalam perang ini, jumlah pasukan musyrikin adalah 920 orang, sementara pasukan muslim hanya sebanyak 313 dengan senjata dan peralatan perang yang sangat terbatas. Meskipun demikian, dengan berbekal keimanan, pasukan muslimin berhasil menang. Kemenangan di Perang Badar ini tercatat dalam Al-Quran surah Ali Imran ayat 123, yang ertinya, “Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar , padahal kamu adalah orang-orang yang lemah . Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya.”

Peristiwa Fathu Makkah oleh Pasukan Muslimin
20 Ramadhan tahun kelapan Hijriyyah, tentara muslimin yang berjumlah 10 ribu orang dan dipimpin langsung oleh Rasulullah SAWW berhasil menakluk kota Mekkah. Aksi penaklukan yang kemudian dikenal dengan nama Fathu Makkah itu dilakukan kaum muslimin menyusul pelanggaran kaum musyrikin Quraisy atas perjanjian Hudaibiyyah yang disepakati oleh kedua belah pihak dua tahun sebelumnya. Setelah terjadinya penaklukan atas kota Mekah, Rasulullah memberikan jaminan keamanan kepada warga setempat meskipun sebelumnya, mereka adalah penentang keras ajaran Islam dan bahkan merekalah yang dulunya menyiksa kaum muslimin sebelum hijrah ke Madinah. Pada hari yang sama, seluruh patung yang berada di sekitar Kabah dihancurkan. Kemenangan gemilang kaum muslimin yang diperoleh tanpa pertumpahan darah itu tercatat abadi dalam Al-Quran surah An-Nashr.

Ibnu Majah Wafat

22 Ramadan tahun 273 Hijriah, Ibnu Majah, ahli hadis dan tafsir terkenal muslim, meninggal dunia. Beliau dilahirkan di kota Qazwin, Iran pada tahun 209 Hijriah. Untuk mempelajari ilmu-ilmu Islam, beliau melakukan perjalanan ke berbagai negara. Setelah menuntut ilmu, Ibnu Majah menulis buku terkenalnya yang berjudul Sunan Ibnu Majah yang merupakan salah satu dari “Kitab Enam” yang diakui di kalangan Ahlus-Sunnah. Karya lain Ibnu Majah adalah “Tafsir Quran” dan “Sejarah Qazwin”.





Ibnu Athiyyah Wafat
25 Ramadhan 541 Hijriah, Ibnu Athiyah, seorang ulama hadis dan tafsir terkenal asal Andalusia, meninggal dunia. Dia berasal dari keluarga berpendidikan dan hampir semua anggota keluarga itu adalah ilmuwan dan sasterawan. Meskipun Ibnu Athiyah terkenal sebagai ahli tafsir dan hadis, namun banyak penulis sejarah yang mencatat bahawa dia juga menguasai ilmu fiqih, ushul fiqih, dan sastera. Karya terpenting Ibnu Athiyah adalah kitab tafsir dengan mukadimah yang dianggap sebagai karya terbaik dalam ilmu Quran. Karya lain Ibnu Athiyah berjudul “Al-Barnamij”.

Fakhrur Razi Lahir

25 Ramadhan 544 Hijriah, Fakhrur-Razi, yang terkenal dengan nama Ibnu Al-Khatib, ulama dan failusof terkemuka asal Iran, terlahir ke dunia di kota Ray. Dia menguasai sebagian besar ilmu yang berkembang pada zaman itu dan banyak melakukan penelitian di berbagai bidang ilmu. Dia pun dikenal sebagai teologis terkemuka di zamannya. Kerana penguasaannya di berbagai bidang ilmu, Fakhrur-Razi berhasil menyusun berbagai buku kritik dan penelitian atas karya-karya ilmuwan di zaman itu. Karya-karya Fakhrur-Razi di antaranya berjudul “Tibb Al-Kabir” dan “Asrarut-Tanzil”. Karyanya yang paling terkenal adalah ensiklopedia ilmu-ilmu yang berkembang di zamannya, iaitu berjudul “Talkhis Asy-Syifa”.

Ibnu Arabi Lahir
27 Ramadhan tahun 560 Hijriyyah, Muhyiddin Abu Bakar bin Muhammad yang dikenal dengan nama Ibnu Arabi ilmuwan dan sufi besar Muslim, terlahir ke dunia di Andalusia. Sejak berusia lapan tahun Ibnu Arabi telah belajar Al-Qur’an, fiqih dan hadis. Menginjak usia remaja, beliau mulai terjun ke dunia irfan dan penyucian jiwa. Untuk melanjutkan pendidikannya, Ibnu Arabi melakukan perjalanan ke berbagai negeri muslimin. Sejak tahun 620 hijriyyah beliau menetap di Damaskus serta menyibukkan diri dengan mengajar dan menulis buku. Kitab Al-Futuhat Al-Makkiyyah, Fushushul Hikam, dan kitab Al-Mabadi wa Al-Ghayat adalah tiga karya beliau yang terkenal. Ibnu Arabi wafat tahun 638 Hijriyyah di Damaskus.


Tuesday, 10 July 2012

25 Fakta Menunjukkan AS Tidak Layak Dipanggil Negara Adikuasa



Posisi Amerika Syarikat (AS) sebagai negara terbesar sekaligus Adikuasa di dunia mula dipersoalkan. Krisis kewangan dan kesan-kesannya yang belum reda membuat posisi negara Uncle Sam itu nampaknya mulai goyah di peringkat antarabangsa.


Dalam satu siaran wawancara The Newsroom, penulis naskah ternama AS, Aaron Sorkin, sempat menyentuh bagaimana AS sebetulnya sudah tidak layak menyandang gelaran negara terhebat di dunia.

Dipetik dari halaman Businessinsider, sekurang-kurangnya terdapat 25 fakta terbaru yang menggambarkan posisi AS dalam percaturan antarabangsa.

Berikut adalah 25 fakta yang menunjukkan AS tidak layak menyandang gelaran negara Adikuasa:

1. Laporan Doing Business Bank Dunia menunjukkan AS berada pada posisi 13 dalam urusan kemudahan memulakan bisnes.
2. Data Reporters Without Border memperlihatkan AS hanya menempati posisi ke-47 dunia dalam hal kebebasan peribadi.
3. Untuk urusan perdagangan antarabangsa, Bank Dunia dalam laporan Doing Business, menempatkan AS pada posisi 20 dunia.
4. Dalam urusan kemampuan membayar hutang, AS berada pada posisi 15 dunia.
5. The Heritage Foundation dan Wall Street Journal menempatkan AS pada posisi ke-10 dunia dalam hal kebebasan ekonomi.
6. AS hanya menempati posisi ke-25 di antara 43 negara berkembang yang dianggap layak menjadi tempat bagi seorang ibu. Data ini dikeluarkan oleh organisasi Save The Children.
7. Untuk urusan kebahagiaan, Columbia University’s Earth Institute menempatkan AS di posisi 11 dunia sebagai negara yang dianggap paling bahagia.
8. Saat ini, terdapat 21 negara terbaik dibandingkan AS dalam usaha penghapusan korupsi. Data dikeluarkan Heritage.org.
9. Transparency.org menempatkan AS pada posisi 24 dunia dalam hal persepsi kejujuran.
10. CIA World Factbook menemukan fakta bahwa AS berada di posisi ke-24 dunia untuk urusan ketidakseimbangan pendapatan masyarakat.
11. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) memberikan peringkat ke-89 bagi AS untuk urusan banyaknya anak-anak di negara itu yang memperoleh vaksinasi hepatitis B.
12. Tidak disangka, untuk urusan harapan hidup bayi, AS ternyata berada di posisi 47 dunia. Data ini dikeluarkan oleh CIA World Factbook.
13. Ingin hidup lebih lama, jangan tinggal di AS. Negara ini hanya berada di posisi 50 dunia untuk urusan usia harapan hidup.
14. Di bidang ekonomi, rata-rata tingkat pertumbuhan produk domestik bruto (PDB) ternyata hanya ada di posisi 169 dunia dari 216 negara.
15. PDB per kapita masyarakat AS hanya mampu berada di posisi ke-12 dunia, selepas Qatar dan Liechtenstein.
16. AS tercatat memiliki peratusan pengangguran terburuk di dunia. Negara ini berada di posisi ke-102 dari 200 negara yang terdaftar dalam data CIA World Factbook.
17. CIA Fact Worldbook juga mencatat kemudahan infrastruktur AS masuk urutan terbawah dunia dengan berada di posisi ke-142 dari 150 negara.
18. Dalam masalah kewangan, defisit anggaran AS terhadap produk domestik bruto (PDB) berada di posisi ke-192 dunia.
19. Di sektor industri, AS hanya mencatat rata-rata pertumbuhan sektor industri pada posisi ke-79 dunia.
20. AS juga terkenal sebagai negara pengimport minyak dunia. Untuk urusan eksport, AS hanya berada di posisi ke-11 dunia.
21. Simpanan minyak AS ternyata hanya berada di posisi ke-13 terbesar di dunia.
22. Dalam soal perdagangan produk perkhidmatan di dunia, CIA World Factbook mendapati AS berada di posisi buncit atau 192 dunia.
23. Simpanan mata wang asing dan emas AS berada di posisi 19 dunia.
24. Di bidang sukan, Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) menempatkan bola sepak AS pada posisi 28 dunia.
25. IPU mendapati, AS bukan termasuk negara yang aktif memberdayakan perempuan. Tercatat, peratusan wanita yang memegang tampuk kekuasaan hanya berada di posisi 79 dari 147 negara di dunia.

Saturday, 9 June 2012

BAGAIMANA MEMBINA KESEDARAN POLITIK KELUARGA KITA, KELUARGA MUSLIM?




Politik (siyasah) dalam pandangan Islam bermaksud mengatur urusan umat, sama ada urusan dalam negara mahu pun luar negara, dengan cara Islam. Jadi politik pada dasarnya bukanlah kegiatan yang kotor , oleh itu politik tidak wajar dijauhi dalam hidup kita. Memimpin dan mengatur urusan umat serta mengadakan pembaikan yang bermanfaat untuk kehidupan di dunia dan akhirat adalah intipati dari tujuan politik. Jadi politik itu sendiri sangatlah penting. Tidak akan tegak kehidupan manusia tanpa politik. Namun, kehidupan sebuah masyarakat tidak akan menjadi baik tanpa politik yang berdasarkan Islam.
Banyaknya masalah umat yang tidak diselesaikan mengakibatkan keadaan umat semakin buruk tidak lain adalah berpunca dari tidak diterapkan syariat Islam dalam kehidupan. Rasululah SAW mengingatkan di dalam hadisnya:
مَثَلُ الْقَائِمِ عَلَى حُدُودِ اللَّهِ تَعَالَى وَالْمُدَّهِنِ فِيهَا كَمَثَلِ قَوْمٍ اسْتَهَمُوا عَلَى سَفِينَةٍ فِي الْبَحْرِ فَأَصَابَ بَعْضُهُمْ أَسْفَلَهَا وَأَصَابَ بَعْضُهُمْ أَعْلَاهَا فَكَانَ الَّذِينَ فِي أَسْفَلِهَا يَصْعَدُونَ فَيَسْتَقُونَ الْمَاءَ فَيَصُبُّونَ عَلَى الَّذِينَ فِي أَعْلَاهَا فَقَالَ الَّذِينَ فِي أَعْلَاهَا لَا نَدَعُكُمْ تَصْعَدُونَ فَتُؤْذُونَنَا فَقَالَ الَّذِينَ فِي أَسْفَلِهَا فَإِنَّنَا نَنْقُبُهَا مِنْ أَسْفَلِهَا فَنَسْتَقِي قَالَ فَإِنْ أَخَذُوا عَلَى أَيْدِيهِمْ فَمَنَعُوهُمْ نَجَوْا جَمِيعًا وَإِنْ تَرَكُوهُمْ غَرِقُوا جَمِيعًا
“Perumpamaan orang yang menjaga serta menerapkan batasan (peraturan/hukum-hukum) Allah adalah seumpama kelompok penumpang kapal yang memilih tempat duduk mereka. Sebahagian mereka mendapat tempat di bahagian atas, dan sebahagian lagi mendapat tempat di bahagian bawah. Jika mereka memerlukan air, orang yang berada di bawah perlu berjalan melintasi bahagian atas kapal. Mereka lalu berkata: “Alangkah baik jika kita menebuk lubang sahaja di bahagian bawah kapal ini (untuk mendapatkan air), supaya tidak menyusahkan orang yang berada di bahagian atas”. Jika mereka menghalang dan mencegahnya, selamatlah mereka semua. Sebaliknya jika mereka membiarkannya, maka tenggelamlah mereka semua”.

Hadis riwayat Ahmad

Oleh itu wujudnya kesedaran politik Islam memang sangat penting. Bermula dari kesedaran politik ini, umat menjadi tahu bagaimana sepatutnya kehidupan diri dan masyarakatnya diatur sesuai dengan peraturan hidup Islam. Ketika pengaturan hidup yang Islami tidak wujud maka umat akan berusaha atau berjuang untuk mewujudkannya. Inilah hakikat perjuangan atau dakwah politik. Untuk memastikan kesedaran politik sudah tertanam dalam akal serta fikiran anak-anak ketika mereka dewasa, kesedaran politik perlu dibina sejak mereka masih kecil lagi.

1. Memberi pemahaman yang benar tentang politik.
Pemahaman yang benar tentang makna politik sangat penting diberikan kepada anak agar anak tidak memahami politik dengan cara yang salah seperti yang sedang berlaku di tengah-tengah masyarakat pada saat ini. Anak juga harus diberikan gambaran tentang betapa pentingnya kegiatan politik bagi umat. Perlu dijelaskan berkenaan apa yang akan terjadi jika aktiviti politik tidak dilakukan, dan bagaimana pula jika kegiatan politik itu dilakukan bukan berdasarkan Islam. Jika perlu, ia hendaklah dilengkapkan dengan dalil-dalil serta contoh-contoh yang dapat difahami oleh anak.



2. Melibatkan anak dalam dakwah.
Kegiatan politik Islam pasti tidak lepas dari aktiviti amar makruf nahi mungkar (dakwah). Melibatkan anak dalam aktiviti dakwah merupakan satu proses pembelajaran politik yang boleh dirasakan secara langsung oleh anak-anak. Ajaklah anak-anak ikut bersama ketika kita menjadi peserta atau pengacara dalam pengajian, diskusi, seminar atau malahan boleh juga aksi-aksi protes di jalanraya. Apabila pulang ke rumah, kita boleh meminta pendapat anak-anak berkenaan kegiatan yang baru sahaja diikutinya. Kita juga boleh bertanya kepada anak berkenaan pengajaran yang disampaikan oleh orang tua, maklumbalas atau pandangan peserta, malahan mungkin tanpa kita menduga, anak-anak juga mempunyai kritikan serta cadangan yang membina untuk kita. Namun sebelum membuat keputusan membawa anak, perlu juga dipertimbangkan persediaan diri anak-anak. Buatlah persiapan yang perlu agar anak-anak merasa selesa di dalam program serta tidak pula menimbulkan masalah.

3. Diskusi politik.
Ketika melihat TV atau membaca akhbar biasanya ada topik yang menarik. Contohnya isu perjuangan anak-anak Palestin, atau mungkin berita banjir, letusan gunung berapi, tsunami yang mengakibatkan kerosakan serta penderitaan yang teruk, atau soal kehidupan sesetengah anggota masyarakat yang miskin dan cacat. Semua itu boleh menjadi bahan perbincangan yang hangat dengan anak-anak. Adalah sangat bagus jika anak-anak boleh terus memberikan ulasan dan pendapatnya sendiri. Kita hanya perlu menambah atau memberikan arahan serta solusi menurut Islam. Kalau anak-anak masih tidak memberikan maklumbalas, kita boleh memancingnya dengan bertanya kepada mereka, apa pandangannya setelah melihat isu-isu tersebut. Tidak hanya setakat pandangan, jika perlu, ajaklah si anak memberikan respon dengan cara yang kongkrit, misalnya mengumpul wang dari tabung mereka untuk membantu anak-anak yang ditimpa musibah yang kelihatan di kaca TV. Boleh juga diajak mereka berdoa bersama-sama setelah selesai solat berjemaah agar Allah memberikan pertolongan. Jangan lupa membiasakan anak-anak berdoa untuk keselamatan serta kejayaan umat Islam di seluruh dunia.
Cara ini sangat berkesan untuk menanamkan sikap kepedulian terhadap masalah umat di jiwa anak-anak. Salah satu kelemahan umat Islam ketika ini adalah sikap ketidakpedulian terhadap pelbagai persoalan yang menimpa umat Islam di dunia. Penindasan, pembunuhan dan pembantaian terhadap kaum muslimin di Iraq atau Palestin misalnya, tidak lagi menjadi perhatian seluruh umat Islam. Umat lebi banyak berdiam diri dan sibuk dengan urusan peribadi serta keluarga masing-masing. Perlu diterangkan kepada anak-anak bahawa itu bukanlah sikap seorang muslim. Seorang muslim seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah mestilah peduli dengan keadaan orang Islam yang lain. Sampaikanlah kepada mereka hadis Nabi berbunyi:
من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
“Sesiapa yang tidak memikirkan urusan kaum muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka”.
Hadis riwayat al-Tabrani
Jelas sekali, kepedulian terhadap persoalan umat Islam mesti mula ditanam kepada anak-anak sejak awal lagi. TV, radio, majalah atau surat khabar boleh dijadikan alat untuk menimbulkan kepedulian ini, bukan sekadar alat hiburan semata-mata.



4. Mengajak anak menyertai Masirah.
Masirah merupakan bentuk aktiviti politik untuk memberikan teguran kepada pemerintah ketika pemerintah mengeluarkan dasar-dasar yang merugikan kepentingan umat, atau ketika mereka lalai lalai terhadap tugas menguruskan kepentingan umat. Kegiatan ini boleh dijadikan sebagai pembelajaran politik kepada anak sekaligus reaksi politik bagi keluarga berkenaan. Pekikan politik, teriakan semangat yang menggentarkan, lagu-lagu nasyid Islam ke arah penegakkan syariah dan Khilafah akan memberikan pengalaman baru bagi anak. Jangan merasa hairan jika anak kemudiannya terbiasa dengan Allahu Akbar, Tegakkan Syariah dan Khilafah, serta slogan-slogan yang lain. Aktiviti ini boleh dijadikan alat untuk mencetuskan perkembangan sosialnya. Ketika anak berada dalam kesesakan orang ramai, secara tidak langsung anak akan belajar mengenal banyak orang dengan watak yang berbeza-beza. Sebelum mengajak anak menyertai masirah perlu diperiksa keadaan fizikal si anak. Siapkan bekalan serta keperluan anak sebaik mungkin, agar keselesaan si anak tidak terganggu.

5. Memperkenalkan negeri-negeri umat Islam.
Anak perlu diperkenalkan kepada wilayah-wilayah negeri-negeri muslimin yang pernah mencapai kejayaan ketika Islam memerintah. Jelaskan kepada anak-anak bagaimana bermula terpecahnya negeri-negeri Islam, kemunduran dan kelemahannya ketika negeri-negeri umat Islam tidak bersatu, dan perlunya pemimpin yang menyatukan negeri-negeri tersebut. Dengan memberikan gambaran yang jelas kepada anak, diharapkan si anak akan termotivasi untuk turut berjuang menyatukan kembali negeri-negeri kaum muslimin yang terpecah-pecah kini. Jika kewangan anda stabil, tidak salah mengajak anak-anak menyaksikan kesan-kesan kejayaan Islam yang masih tersisa dengan melawat negeri-negeri umat Islam yang bersejarah.

6. Mengenalkan tipudaya musuh terhadap umat Islam.
Kepedulian terhadap masalah umat Islam boleh juga dilakukan dengan cara mengenalkan tipudaya musuh terhadap umat Islam. Contohnya: mengenalkan gerakan-gerakan missionary yang menyusup di kalangan umat Islam dan menyedarkan keluarga, dengan membincangan bahaya mereka, alat mereka memasukkan racun ke dalam madu, serta tempat–tempat di mana umat Islam menjadi sasaran mereka. Anak juga dikenalkan dengan propaganda-propaganda yang merosakkan di Dunia Islam seperti sekularisme, nasionalisme, zionisme, dan sebagainya, yang pastinya dengan menggunakan bahasa dan contoh yang dapat difahami oleh anak.




7. Memahamkan kepentingan penerapan syariat Islam.
Banyak masalah umat yang tidak akan selesai pada saat ini sememangnya kerana tidak diterapkan syariat Islam. Langkah tidak menerapkan syariat Islam akan menimbulkan banyak masalah seperti kemiskinan, ketidakadilan, serta kezaliman, termasuk juga penjajahan, perpecahan, serta langkah membahagi-bahagikan umat Islam menjadi beberapa bahagian, yang saling berperang antara satu sama lain; penjajahan bangsa Yahudi di negeri Palestin, kiblat kedua umat Islam, serta perancangan mereka mengusir umat Islam dari seluruh tanah Arab. Perlu ditegaskan kepada si anak, bahawa perjuangan utama umat Islam adalah berusaha menegakkan syariah dan melalui penerapan syariah itulah rahmat Islam benar-benar menjelma.
Wallahu a’lam.

Sunday, 20 May 2012

MERANGKA ANGGARAN PERBELANJAAN NEGARA (BAJET) BAGI NEGARA KHILAFAH MENURUT SYARIAH ISLAM


Bagaimana agaknya bentuk bajet kerajaan Malaysia kalau dibuat dengan menurut peraturan Syariah Islam? Dari sudut asas wang masuk yang manakah pengutipan cukai akan terus menjadi asas bajet negara? Lalu dari sudut perbelanjaan manakah pembayaran asas dan ansuran hutang masih terus mendominasi bajet di samping peruntukan subsidi?


Bagi menjawab persoalan ini ada tiga langkah yang perlu dibuat.

PERTAMA: Yang mula-mula perlu diambilkira adalah pengeluaran perbelanjaan berasaskan anggaran-anggaran keperluan dari yang menurut syariat Islam bermula dari yang paling bersifat keperluan asas hidup dan utama menurun ke yang hanya bersifat pelengkap. Bagi menghitung peruntukan pengeluaran maka digunakan penisbahan yang ideal berdasarkan data maklumat daerah serta bilangan penduduk, perancangan pusingan jangka pendek dan jangka panjang, serta harga pasaran terkini. Dalam kitab Nizam al-Iqtisadi fil Islam karangan Syeikh Taqiuddin Nabhani dinyatakan bahawa pengeluaran Perbendaharaan Negara (Baitul Mal) adalah ditetapkan berasaskan enam bahagian:

(1) Harta yang menjadi perbendaharaan tersendiri Baitul Mal, iaitu harta zakat. Harta ini hanya dibelanjakan untuk lapan asnaf apabila isi perbendaharaannya ada. Jika harta zakat di Baitul Mal sudah habis maka tidak ada mana-mana asnaf yang lapan ini mendapat peruntukan, dan negara tidak akan meminjam bagi memberi peruntukan tersebut.
(2) Perbelanjaan yang bersifat wajib, iaitu ketika peruntukan tidak mencukupi (bagi fakir miskin atau ibnu sabil) atau untuk melaksanakan jihad. Pengeluaran ini adalah bersifat pasti. Jika negara tidak memiliki wang untuk peruntukan ini atau dibimbangi akan berlaku kerosakan maka negara dibenarkan meminjam wang dan setelah itu pinjaman hendaklah dibayar, dan jika perlu negara boleh mengenakan cukai.
(3) Perbelanjaan yang bersifat ganjaran, iaitu untuk orang-orang yang telah memberikan perkhidmatan. Contohnya gaji tentera, pegawai negara, hakim, guru dan seumpamanya. Peruntukan ini juga bersifat pasti.
(4) Perbelanjaan untuk kecemasan. Contohnya bencana alam atau serangan musuh. Peruntukan ini juga bersifat pasti.
(5) Perbelanjaan untuk sesuatu maslahat, bukan untuk ganjaran, tetapi ia merupakan keperluan asas hidup, kerana bila ia tiada umat akan mengalami kesulitan. Contohnya pembangunan infrastruktur. Ia juga bersifat pasti.
(6) Perbelanjaan untuk sesuatu maslahat, yang jika ia tiada, tidaklah sampai mengakibatkan penderitaan umat. Contohnya pembangunan kemudahan informasi, atau bagi mewujudkan kemudahan umum sekunder semasa kemudahan yang lama masih mencukupi.


Manakala data maklumat utama daerah serta jumlah penduduk yang digunakan antaranya:

Jumlah penduduk 230,000,000
Luas kawasan darat (Km2) 1,900,000
Luas kawasan laut (Km2) 5,800,000
Panjang garisan sempadan (Km) 15,000
Jumlah kesatuan pentadbiran peringkat Negeri 33
Jumlah kesatuan pentadbiran peringkat Daerah 480
Jumlah kesatuan pentadbiran peringkat Kampung 6,000
Jumlah kesatuan pentadbiran peringkat Kariah 70,000


Kemudian untuk penisbahan yang ideal digunakan anggaran-anggaran yang sangat ideal seperti berikut:

Peruntukan Ganti Rugi Fakir Miskin

Anggaran peratusan penduduk miskin (fakir miskin) 50%
Anggaran keperluan makanan seorang sehari (gram) 600
Anggaran harga makanan per-kg RM100

Peruntukan Pendidikan

Jumlah pelajar sekolah 60,000,000
Nisbah guru:pelajar = 1: 20
Nisbah sekolah:pelajar = 1: 300
Anggaran purata gaji guru sebulan RM5000
Anggaran perbelanjaan operasi sekolah sebulan
(pusat sumber, pembersihan, buku, makmal) RM25000
Nisbah lulusan Sekolah Menengah ke Pendidikan Tinggi = 1: 10
Nisbah pensyarah:mahasiswa = 1: 10
Nisbah perguruan tinggi:mahasiswa = 1: 1,000
Anggaran perbelanjaan operasi perguruan tinggi sebulan
(pusat sumber, pembersihan, buku, makmal) RM250,000

Peruntukan Kesihatan

Nisbah doktor:penduduk = 1: 1,000
Nisbah hospital:penduduk = 1: 10,000
Nisbah hospital:kariah = 1: 3.0
Anggaran gaji doktor sebulan RM7,500
Anggaran operasi setiap hospital sebulan RM225,000

Peruntukan Pertahanan & Keamanan

Nisbah tentera bagi garisan sempadan 1 km = 25
Nisbah polis bagi jumlah penduduk = 1: 1,000
Nisbah kapal pengawal sempadan 1 kapal = (km) 25
Nisbah pesawat tentera untuk menjaga area 1
pesawat = (km2) 40,000
Anggaran gaji tentera/polis/sebulan RM7,500
Anggaran operasi markas tentera/
sebulan (hanya satu markas di setiap negeri) RM1,500,000
Anggaran operasi markas polis/sebulan
(ada di setiap kampung) RM105,000

Peruntukan Pemerintahan & Kehakiman

Nisbah anggota pentadbiran pemerintahan
Penduduk yang diperlukan = 1: 1000
Nisbah anggota kehakiman:penduduk = 1: 1000
Anggaran purata gaji anggota pemerintahan &
kehakiman RM7,500
Anggaran purata operasi pusat
pemerintahan & kehakiman/sebulan RM33,000

Peruntukan Infrastruktur & Kemudahan Awam
Asas


Pusingan pembaikan menyeluruh pengangkutan setiap 10 tahun
Pusingan pembaikan menyeluruh kemudahan awam lain 20 tahun
Infrastruktur data meliputi aktiviti kajian, bancian
penduduk, pemetaan, pembangunan jaringan ICT 20 tahun
Infrastruktur tenaga meliputi pembangunan
agensi-agensi petroleum & gas, saluran-saluran paip dan
jaringan elektrik 20 tahun
Infrastruktur makanan meliputi pembangunan kilang
baja, saliran, dan pengolahan pasca penuaian 20 tahun
Infrastruktur pertahanan meliputi kenderaan
tempur tentera darat, laut dan udara 20 tahun

Peruntukan Cadangan Bencana Alam
5%

Peruntukan Cadangan Maslahat Selain Keperluan Asas Hidup
2%

Dari semua peruntukan ini kemudian dihitung nilai keseluruhan dan menghasilkan angka dalam Jadual Bajet Negara.

KEDUA: bahagian pendapatan negara disusun berdasarkan bahagian-bahagian yang ditetapkan oleh syariah. Dalam kitab al-Amwal fi Daulah al-Khilafah, Syeikh Qadim Zallum menyatakan bahawa bahagian pendapatan negara terdiri dari tiga bahagian:
(1) Bahagian Fai dan Kharaj. Pendapatan ini meliputi:
a. Ghanimah, mencakupi anfal, faie dan khumus.
b. Kharaj.
c. Status tanah.
d. Jizyah.
e. Fai.
f. Cukai (dhoribah).

(2) Bahagian Pemilikan Umum, iaitu pengelolaan sumberdaya alam yang hakikatnya milik awam:


a. Minyak dan gas.
b. Elektrik.
c. Galian.
d. Lautan, sungai, perairan, dan sumber air.
e. Hutan dan padang ragut.
f. Aset produktif yang dikuasai negara. Contohnya yang datang dari wakaf.
Pemilikan umum mesti dikembalikan kepada rakyat, sama ada pengembalian itu dalam bentuk harta yang terus dibahagikan ataupun berbentuk perkhidmatan negara yang dibiayai dari hasil penjualannya, sama ada di dalam negeri ataupun dengan dieksport.

(3) Bahagian sedekah, yang terdiri dari sedekah wajib, iaitu:
a. Zakat harta dan perdagangan yang bebentuk wang (atau emas/perak).
b. Zakat pertanian dan buah-buahan.
c. Zakat ternakan.


KETIGA: menggunakan ukuran Dinar – namun yang bersifat natural. Semasa membentangkan pengiraan bajet ini, angka yang dipakai adalah Ringgit Malaysia (RM). Ini hanya bagi memudahkan kita mendapat gambaran berapa nilai tersebut, dan untuk membandingkannya dengan bajet kerajaan Malaysia pada masa sekarang. Namun di masa hadapan kita mesti mula menggunakan ukuran emas iaitu Dinar, kerana dengan cara itu Bajet ini akan sentiasa relevan, sedangkan bajet dalam RM akan sentiasa dipengaruhi oleh inflasi. Pada bulan Ogos 2010, nilai sederhana Dinar yang berbentuk emas sebanyak 22 qirat seberat 4.25 gram adalah sekitar RM1,500 per Dinar.
Selain itu, sebenarnya dalam Bajet Syariah ada pendapatan dan harta milik negara yang dibuat pengiraannya dengan natural, kerana memang tidak semua pendapatan atau perbelanjaan mesti berbentuk wang. Misalnya zakat juga tidak semestinya berbentuk wang, tetapi boleh juga tanaman atau ternakan. Demikian juga jizyah, malah ia dapat dibayar dengan pakaian. Oleh sebab itu, angka-angka yang dipaparkan di sini hanya untuk ukuran nilai sahaja, yang memang lebih tepat bila menggunakan Dinar.
Bajet Syariah juga tidak semestinya dihabiskan pada tahun anggaran itu dibuat. Oleh itu, garis tegak pendapatan tidak semestinya seimbang dengan garis tegak pengeluaran/perbelanjaan. Boleh jadi di satu masa melimpah ruah dan di masa lain pula mengalami kekurangan akibat bencana, kebuluran atau perang, sehingga negara perlu menangguh sebahagian perbelanjaan atau meminjam atau mengenakan cukai.
Yang jelas, dengan anggaran 666 juta Dinar atau sekitar RM 999 Trilion (pada peruntukan perbelanjaan) sebenarnya sudah dapat ditampung dengan hasil perhutanan yang sentiasa berjalan itu sahaja. Bahagian-bahagian seperti fai dan kharaj (termasuk di dalamnya kemungkinan cukai), dan juga sedekah (yang berkaitan zakat) malah tidak perlu diambilkira.
Pengagihan dalam perbelanjaan juga cukup bagus. Peruntukan yang terbesar adalah bagi sektor pendidikan (termasuk dakwah), pembasmian kemiskinan dan infrastruktur. Di dalam sektor infrastruktur ini sudah tertanam anggaran kajian sains dan teknologi yang cukup besar, yakni hampir 3.5% bajet. Ini semua adalah sangat cukup untuk menggerakkan ekonomi malah setelah beberapa tahun nanti, angka kemiskinan akan menjadi sangat rendah. Dengan itu, peruntukan pembasmian kemiskinan sudah tidak diperlukan. Anggaran yang digunakan dengan angka ini adalah setiap orang miskin mendapat kemasukan 600 gram makanan sehari bernilai RM10/kg. Ini bererti setiap orang miskin mendapat RM180 sebulan.


Bahagian Pendapatan (juta Dinar)

Bahagian Fai & Kharaj
(tidak diambilkira) 0
Bahagian Pemilikan Umum
Minyak 121.5
Gas 178.9
Arang 127.5
Emas & Mineral Logam lain 33.5
Hasil Lautan 48.9
Hasil hutan 666.0
Bahagian Sedekah/Zakat
(tidak diambilkira) 0
JUMLAH PENDAPATAN 1176.3





Bahagian Perbelanjaan (juta Dinar)

Pembasmian Kemiskinan 50%
penduduk 167.9
Ganjaran
Perkhidmatan Pertahanan dan Jihad 41.7
Perkhidmatan Pemerintahan dan
Kehakiman 30.8
Perkhidmatan Pendidikan dan
Dakwah 180.0
Perkhidmatan Kesihatan 55.8
Maslahat Keperluan Asas Hidup
(infrastruktur dan kemudahan awam) 143.1
Cadangan Bencana Alam dan Perang 33.3
Lain-lain Maslahat 13.2
JUMLAH PERBELANJAAN 666

Saturday, 19 May 2012

SURAT TERBUKA KEPADA PENULIS NOVEL SEJARAH ISLAM


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Encik Abdul Latip,
Sejak awal tahun 2012 atau penghujung 2011, saya telah melihat dan membaca novel yang tuan tulis berkenaan Salahuddin al-Ayubi. Tahniah saya ucapkan di atas penulisan novel-novel seumpama ini yang menarik perhatian remaja dan pemuda Islam bagi mengenali tokoh-tokoh Islam di pentas sejarah.
Cuma saya ingin membetulkan fakta yang telah tuan tulis berkenaan kedudukan Sultan Salahuddin selepas beliau mengambil alih kuasa memerintah Mesir dengan kewafatan Khalifah al-Adid dari Fatimiyyah di sana.
Di dalam buku tuan disebut: Sultan Salahuddin telah melantik dirinya menjadi khalifah Islam.
Fakta ini adalah salah dari sudut ilmu Syariat berkenaan Siasah Islam (Politik Islam) dan dari sudut fakta sejarah dalam sumber-sumber sejarah Islam.
Dari sudut ilmu Siasah Islam: Sebenarnya Islam tidak mengizinkan wujud dua orang Khalifah dalam satu masa. Ini kerana jawatan Khalifah adalah pemimpin tunggal yang tertinggi bagi orang Islam.
Nabi Muhammad bersabda: 'Jika dibaiat dua orang khalifah (dalam satu masa), hendaklah kamu perangi khalifah yang terkemudian dibaiat'.
Oleh itu jawatan yang tepat (kedudukan sebenar) Sultan Salahuddin adalah sebagai seorang Wali (Gabenor) yang memerintah wilayah Mesir mewakili Khalifah Bani Abbasiah yang berpusat di Baghdad ketika itu. Ini adalah kedudukan Sultan Salahuddin di sisi ilmu Siasah Islam.

Dari sudut fakta sejarah pula, bukti yang menunjukkan bahawa Sultan Salahuddin tidak pernah mengangkat dirinya menjadi khalifah: Semasa beliau mengambil alih kuasa di Mesir, beliau memerintahkan agar Khutbah Jumaat dibaca di atas nama Khalifah Bani Abbasiah, dan ditutup dengan doa untuk Khalifah Abbasiah, bukan di atas nama Salahuddin Ayubi sendiri. Tuan boleh merujuk fakta ini dalam buku berjudul :
Pembaharuan Salahuddin Ayubi,
penulis: Abdullah Nasih Ulwan,
penerbit: Darul Nu'man KL, cetakan 2009.
Saya telah merujuk buku ini yang ditulis oleh ulama Jordan di dalam edisi asalnya.
Saya berharap tuan boleh merujuk kepada buku yang sama, yang mana edisi Bahasa Malaysia-nya ada di pasaran, mungkin di pesta buku yang sedang berlangsung.
Saya berharap teguran saya bermanfaat untuk tuan.
Sekian, terima kasih.