Monday 23 April 2012

KENYATAAN MEDIA HIZBUT TAHRIR WILAYAH SUDAN

KENYATAAN MEDIA HIZBUT TAHRIR WILAYAH SUDAN BERTARIKH: 24 JAMADIL AWAL 1433 BERSAMAAN 16 APRIL 2012


LANGKAH BERSIAP SEDIA UNTUK BERPERANG ADALAH WAJAR, TETAPI BUKAN HANYA UNTUK MEMBEBASKAN DAERAH HIJLIJ SAHAJA. SEPATUTNYA PERSIAPAN PERANG BERTUJUAN MEMBEBASKAN SELURUH NEGERI ISLAM DI SELATAN
Semakin mengecil kawasan yang dikuasai oleh Sudan, Kerajaan Sudan dengan tergesa-gesa meminta dokongan dari rakyatnya, dengan mengajak rakyat Sudan untuk bertempur demi mempertahankan negara serta maruah. Fenomena ini berlaku setelah tentera-tentera pemberontak yang terdiri daripada penduduk negara Sudan Selatan memasuki daerah Hijlij, di bahagian barat selatan Sudan. Lalu diulangi kembali retorik jihad serta persiapan perang untuk menyelamatkan negara daripada pemberontak Selatan Sudan. Memang telah diketahui oleh semua pihak bahawa peristiwa yang berlaku di Hijlij, dan sebelumnya di Abeyya serta daerah-daerah Sudan yang lain, dan yang mungkin akan meletus di masa hadapan, tidak lain hanyalah hasil dari Perjanjian Damai Nifasya, yang memuaskan hati negara Barat, tetapi membawa kemurkaan Allah. Kerajaan Sudan telah menyerahkan kawasan negeri umat Islam kepada tentera pemberontak yang membolehkan mereka membentuk sebuah negara Kristian yang memusuhi agama Islam serta menindas kaum muslimin di selatan Sudan, dan menjadi alat Amerika serta negara Yahudi. Langkah ini sebagaimana yang telah kami suarakan dan masih kami suarakan, ia merupakan satu pemberian dari bukan pemiliknya kepada pihak yang tidak layak, lebih-lebih lagi merupakan satu pengkhianatan kepada Allah, Rasul dan orang beriman.

Jika Kerajaan Sudan memang mahu bersungguh-sungguh mengerah rakyat Sudan pergi berjihad maka kerajaan ini mestilah melaksanakan hukum-hukum berkaitan jihad terlebih dahulu. Di antaranya:

Pertama: Kerajaan Sudan mesti bertaubat kepada Allah Azza Wajalla, membatalkan Perjanjian Damai Nifasya dengan menganggap perjanjian ini tidak pernah dibuat, dan membatalkan semua langkah-langkah pemisahan Selatan Sudan yang terkandung di dalam perjanjian ini.

Kedua: Kerajaan Sudan mesti berusaha mengerahkan rakyat pergi berjihad bukan bagi membebaskan daerah Hijlij sahaja, tetapi bertujuan membebaskan sepenuhnya kawasan di selatan Sudan, kerana ia adalah negeri Islam yang tidak boleh diabaikan sama sekali.

Ketiga: Mengembalikan hak kepada pemiliknya, melindungi hal ehwal rakyat dengan Islam, dan mengembalikan semua harta umum yang telah dirampas melalui apa-apa cara sekalipun. Kerajaan hendaklah memulakan langkah baru berusaha menuju keredaan Allah, kemudian bagi membolehkan pihak lain meneladani langkah kerajaan ini, sesungguhnya penyelewengan dalam hal harta umum telah menjadi sifat khas yang biasa sehingga menjadi penyakit kerosakan paling serius. Anda hendaklah menjadi seperti Umar bin Khattab radialahu anhu ketika Abdurrahman bin Auf ditanya mengapa beliau menangis bila melihat salah seorang tentera Islam dalam keadaan terhuyung haying membawa harta khazanah Kisra Parsi dengan kedua-dua tangannya lalu meletakkannya di hadapan Khalifah tanpa mengambil walau satu dirham pun dari harta tersebut. Lalu Abdurrahman berkata: ‘Kerana engkau wahai Umar telah menjaga kehormatan maka tentera-tentera kamu pun bersikap terhormat. Sekiranya engkau menikmati harta ini nescaya tentera kamu pun akan menggunakannya’.



Keempat: Tidak berunding sama sekali dengan para pemberontak selatan Sudan kerana mereka mendirikan sebuah negara di dalam negeri Islam, maka tidak halal di sisi hukum syarak membuat sebarang perjanjian dengan mereka, kerana ini bermakna menyerahkan sebuah negeri Islam, dan ini pastinya adalah haram serta termasuk jenayah dalam agama Islam. Malah mestilah diteruskan keadaan perang secara amali sehingga dapat diselamatkan negara daripada pemberontak serta dikeluarkan orang Islam di selatan Sudan daripada penguasaan mereka. Allah berfirman:

وَلَن يَجْعَلَ اللَّـهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا ﴿١٤١
﴾ Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman. (An-Nisa:141)

فَمَنِ اعْتَدَىٰ عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَىٰ عَلَيْكُمْ ۚ
Sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; (al-Baqarah: 194)

وَأَخْرِجُوهُم مِّنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ
Dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; (al-Baqarah: 191)


Kelima: Sebelum semua langkah di atas dilaksanakan, mestilah diumumkan penubuhan Daulah Islam, iaitu Khilafah Rasyidah di atas manhaj nubuwah, yang dengannya kita akan mendapat keredaan Allah Tuhan seisi alam, dan kita dapat menegakkan keadilan di antara seluruh manusia, dan kita dapat membuang sistem-sistem kufur barat yang pada hari ini pemerintahan negara serta manusia dijalankan di atas asasnya. Ketika itu akan datang kemenangan dari Allah SWT.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّـهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ ﴿٧
﴾ Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Muhammad: 7).

Ibrahim Uthman (Abu Khalil) Jurucakap Rasmi Hizbut Tahrir Wilayah Sudan