Saturday 11 June 2011

Makna Jihad Yang Disalahertikan


Terdapat satu bentuk konspirasi baru yang dicipta oleh musuh-musuh Islam, iaitu usaha meminggirkan dan menghilangkan makna serta pengaruh istilah-istilah Islam di kalangan masyarakat Islam. Salah satu istilah yang mereka berusaha mengeliru serta mengkaburkan adalah istilah jihad. Ini dilakukan bukan sahaja dengan mencipta stereotipe negatif tentang jihad, malah dilakukan juga dengan cara mengalihkan makna jihad secara syar'i ke pengertian jihad secara bahasa (lughawi) yang bersifat lebih umum.
Negara Barat seperti Amerika, sehingga kini masih giat membuat propaganda bahawa jihad sama dengan keganasan, mujahidin sama dengan teroris atau ekstremis yang harus dimusuhi, dilawan dan dibinasakan. Mereka bimbang dengan bangkitnya semangat masyarakat Islam melawan hegemoni sistem kufur yang dipelopori Amerika, golongan orientalis dan para pengikutnya. Mereka mengalihkan makna jihad kepada pengertian yang lebih luas, mencakupi jihad pembangunan, jihad menuntut ilmu, jihad mencari nafkah, jihad ekonomi, jihad politik dan seumpamanya. Semua itu mengelirukan makna jihad yang sebenar.
Jihad berasal dari kalimah jahada, yujahidu, jihad. Ertinya adalah saling mencurahkan tenaga. Imam An-Nisaburi dalam kitab tafsirnya menjelaskan erti kalimah jihad - menurut bahasa : mencurahkan segenap tenaga untuk memperolehi maksud tertentu.

Makna jihad menurut bahasa adalah: kemampuan yang dicurahkan semaksima mungkin, kadang-kadang berbentuk aktiviti fizikal, samada menggunakan senjata ataupun tidak, kadang-kadang menggunakan harta benda dan kata-kata, dan kadang-kadang berbentuk dorongan sekuat tenaga untuk meraih matlamat tertentu, dan seumpamanya. Makna jihad secara bahasa ini bersifat umum, iaitu kerja keras.

Al-Quran juga telah menerangkan makna jihad pada pengertian yang lebih khusus iaitu: Mencurahkan seluruh tenaga untuk berperang di jalan Allah, baik secara langsung mahupun dengan cara mengeluarkan harta benda, pendapat, memperbanyak logistik dan lain-lain.

Pengertian seperti ini dapat dilihat pada perkataan jihad yang terdapat dalam ayat-ayat madaniyah. Maknanya berbeza dengan perkataan jihad yang terdapat dalam ayat-ayat makkiyyah. Perkataan jihad yang mengandungi makna bahasa dan bersifat umum terdapat dalam al-Quran pada surah al-Ankabut(29): 6 dan 8 serta Surah Luqman (31): 15.

Namun, tidak kurang dari 26 perkataan jihad digunakan dalam ayat-ayat madaniyyah, yang hampir kesemuanya menunjukkan makna perkataan jihad sebagai berperang menentang orang-orang kafir.

Jihad dengan makna mengerahkan seluruh kekuatan untuk berperang di jalan Allah digunakan oleh para fuqaha. Menurut mazhab Hanafi, jihad membawa maksud mencurahkan pengorbanan dan kekuatan untuk berjuang di jalan Allah,baik dengan jiwa, harta benda, lisan dan sebagainya. Manakala menurut mazhab Maliki, jihad bermaksud peperangan kaum Muslimin melawan orang-orang kafir dalam rangka menegakkan kalimat Allah hingga menjadi kalimat yang paling tinggi. Para ulama mazhab Syafi’i juga berpendapat bahawa jihad bererti berperang di jalan Allah.

Sekalipun perkataan jihad menurut bahasa bererti mencurahkan seluruh tenaga, kerja keras, dan sejenisnya, tetapi syariat Islam lebih sering menggunakan perkataan tersebut dengan maksud tertentu, iaitu berperang di jalan Allah. Ertinya, penggunaan perkataan jihad dalam pengertian berperang di jalan Allah lebih tepat digunakan jika diteliti dari aspek bahasa. Hal ini sesuai dengan kaedah yang sering digunakan oleh para ahli usul fiqh: “ Makna syar’ie lebih utama dibandingkan dengan makna bahasa mahupun makan istilah (urf).”

Dengan demikian, makna jihad yang lebih tepat diambil oleh Kaum Muslimin adalah berperang di jalan Allah melawan orang-orang kafir dalam rangka meninggikan kalimat Allah.

Pengaburan makna jihad dalam pengertian syariat ini, dengan cara mengalihkannya kepada pengertian yang lebih umum, seperti jihad pembangunan, menuntut ilmu, mencari nafkah, berfikir keras mencari penyelesaian, dan sejenisna yang dianggap sebagai aktiviti jihad, merupakan usaha untuk menghilangkan makna jihad dalam pengertian al-qital, al-harb atau al-ghazwu, iaitu berperang di jalan Allah.


No comments: